Monday, November 5, 2018

cupcake ummi

 
lama dah tak buat cupcake. 2 minggu lepas sempat buat untuk makan seisi keluarga. seronok tengok anak-anak makan... nnti ummi cuba buat cupcake yang jenis lain pulakye
 
 

Borong baju murah

 
Beberapa hari yang lepas terjumpa dalam facebook kedai online yang jual pakaian kanak-kanak secara borong.. bila saya fikir-fikirkan, dan congak secara kasar, dengan rakyat yang ramai, beli pakaian secara borong adalah lebih menjimatkan. Ditambah pulak dengan pelbagai peringkat umur ada dalam keluarga besar ini, rasanya berbaloi beli secara borong.



Alhamdulillah baru first time beli, tengok dulu bila sampai. kalau OK, boleh juga buat2 niaga kecil-kecil kan

Pensel color UMMI

 
Pensel color ni saya beli untuk kegunaan anak-anak di rumah. semua dilabelkan dengan nama UMMI untuk mengajar anak-anak supaya
1. Mereka perlu tahu pensel color yang digunakan bukan hak mereka.
2. berkongsi menggunakan barang di rumah
3. saling menjaga amanah
 
setiap bulan saya akan topup pensel color bagi menggantikan yang sudah pendek. Alhamdulillah setakat ini pense-pensel color ini masih dalam keadaan yangbaik
 
 

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.