Thursday, December 23, 2010

Tahun Baru 2011




Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2011. Perancangan, azam, matlamat, visis, misi dan seumpamanya belumku tetapkan lagi dek kesibukan dengan urusan harian, kerja pejabat, urusan anak-anak dan rumahtangga, benar-benar membuatkan diriku keletihan dan tidak dapat memperuntukan masa untuk bermuhasabah diri sendiri.

cuma malam tadi, setelah terjaga dari tidur dalam jam 2.30 pagi aku sempat membuka diari lamaku tahun 2004... kubelek satu persatu dan kubaca segala yg ditulis...
semuanya membuatkan diriku termenung sejenak akan hakikat kehidupanku.. ahh... itulah manusia.

kebelakangan ini, daya tumpuan teramat kurang untuk menambah ilmu melalui pembacaan. tak sempat dan letih... itulah alasan yang sama dan sering aku gunakan...

aku harus mengubahnya... kerana aku nak jadi seorang penulis!!!!!!!!!!

Audit ISO Syariah


Alhamdulillah, selesai semua kerja untuk tujuan pengauditan ISO Syariah 27 - 28 Disember 2010 nanti. aku dah cuba sebaik yang mungkin, dan akhirnya aku serahkan segalanya padaMu Ya Rabbi untuk menentukannya. semoga Allah berkati segala usahaku ini, insya Allah.



Friday, December 17, 2010

Terima Kasih Suamiku...

cuti sekolah masih berbaki 2 minggu lagi. sepanjang cuti sekolah ini, anak-anak dijaga oleh abinya semasa aku bekerja. alhamdulillah suamiku masih bertahan dan insya Allah akan terus bertahan sehingga habis cuti sekolah ini. Aku benar-benar bersyukur dengan kesungguhan dan kesanggupan suami untuk menguruskan anak-anak kami yang masih kecil lagi. bukan sikit karenah mereka tetapi kadang-kadang memeningkan kepala. tetapi suamiku benar-benar sabar dalam melayan mereka.

24 Disember ni adalah hari jadi suamiku. aku terfikir-fikir hadiah apakah yang terbaik untuk diberikan kepadanya, sebagai tanda terima kasihku yang tak terhingga di atas segala pengorbanannya kepada kami...

aku terus memikirkanya....

Monday, November 22, 2010

"Menulis untuk difahami, bercakap untuk didengari, membaca untuk memahami..."

"Burulah darjat dan kemuliaan di sisi Allah SWT, walaupun engkau terpaksa dihambat kehinaan disisi manusia"

"Hebatnya sarang lebah... bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan.
sanggupkah anda mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?"

Kata-kata hikmah


Tindakan orang Mukmin itu :
  • Tidak lepas daripada akal yang sentiasa berfikir
  • pandangan yang sentiasa membina
  • lisan yang sentiasa berzikir
  • hati yang sentiasa bersyukur
  • bersungguh-sunggu untuk bersabar dalam bekerja


Apa yang boleh kamu buat dalam SATU MINIT?
  • bertasbih sebanyak 100 kali
  • membaca satu halaman mashaf al Quran
  • menelaah tiga halaman buku
  • menulis sepucuk surat
  • membaca surah al Ikhlas sebanyak 7 kali

" Masa tidak pernah menunggu kita, kita yang harus mengejarnya"

"Orang yang berjaya sentiasa memelihara potensi dirinya dan potensi diri orang sekeliling". Mereka tidak mensia-siakan dan merosakkannya"

"Peluang tidak datang kepada kita, kita mesti berlari ke arahnya"


Dipetik dari: Buku kunci kejayaan minda, karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni

Monday, October 25, 2010

Bila fikiran tepu untuk menulis...


terasa ingin menulis tetapi tak pasti apa ingin ditulis.. terasa tepu... lagi Sami Yusuf diulang-ulang terasa sunyi.. merenung kehidupan di dunia ini... Ya Allah banyaknya nikmat yg telah Engkau kurniakan kepadaku, namun aku masih gagal untuk mecapai tahap kesyukuran yang benar-benar maksimum. aku sering kalah dengan nafsu dan keinginan yang bermacam... Ya Allah ampunilah kesalahan dan kealpaanku...
semalam suamiku ke Ipoh, mesyuarat AJK PASTI negeri.. tinggallah aku dan anak-anak.. solat maghribku, bersama anak-anak... kak long Farhanah dan Amirah. kak long siap dengan telekungnya. walaupun mereka tak mengerti apa itu solat, mereka terus mengikut gerak geriku sehingga selesai solat. sekali sekali kaklong memperbetulkan kedudukan amirah yang tak berapa pandai untuk sujud.. akhirnya aku berdoa sambil diaminkan oleh anak-anak.... terasa amat syahdu masa tu, terusku doakan agar Allah menjadikan anak2ku, anak2 yang soleh dan solehah. 'Atiqullah yang minum susu disebelah hanya memerhatikan kami...

Monday, October 18, 2010

Kelebihan Surah Al Mulk


Surah Al Mulk adalah Surah Keamanan dan Keselamatan kerana ia menyelamatkan pembacanya dari siksa kubur.
Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."





Tuesday, October 5, 2010

Download Zikir-zikir harian

alhamdulillah, dikesempatan rehat yang ada saya sempat memuatnaik beberapa zikir dan doa harian untuk dipasangkan di dalam kereta. tujuannya nak bagi anak-anak dengar, mudah-mudahan lama-lama ingat di mulut

Monday, September 27, 2010

masam manis dalam keluarga

Alhamdulillah, anak-anakku sudah pulih dari demam... syukur kepadaMu Ya Allah. hilang sudah kebimbanganku melihat mereka beberapa hari kebelakangan ini yang tidak sihat. 'Atiqullah yang cirit dan tak lalu makan, si kak long yang demam dan asyik batuk-batuk, dan si Kak Ngah Amirah yang juga demam dan batuk... 2 hari lepas, saya berpakat dengan suami nak beli hadiah pada kak Long dan Kak Ngah. nak beli masing-masing sebuah basikal. tujuanya nak kurangkan rengek dan tangis anak-anak kat rumah. barangkali mereka bosan berada di rumah. alhamdulillah, kak long seronok dapat basikal dan setiap petang tak berhenti mengayuh basikalnya. KakNgahnya pulak, masih takut-takut lagi nak kayuh. tak pelah, perlahan-lahan... masa nak pergi beli, bukan main lagi dok sebut-sebut nak basikal tetapi bila sampai kat kedai basikal, terus senyap dan cakap tak nak... semalam, kami berpakat mengubahsuai garaj hadapan untuk memudahkan anak-anak bermain basikal dan sebagai tempat santai kami sekeluarga pada sebelah petang.. kerusi kayu (yg dibeli dari kolej) dan beberapa buah kerusi lain disusun setempat memudahkan kami duduk di waktu petang sambil minum & makan petang. kami dok merancang nak meluaskan kawasan tepi hadapan supaya anak2 ada kawasan yang lebih luas untuk bermain. bahagian tepi belakang insya Allah akan dikekalkan sebagai tanah untuk saya bercucuk tanam. alhamdulillah, sekarang ni dah ada sedikit sayur-sayuran yg sudah boleh dipungut hasilnya... antara sayur dan pokok-pokok yang sudah ditanam ialah serai, lengkuas, kunyit, pandan, ubi keledek, ubi kayu, pisang, kangkung. dan yang baru disemai sayur sawi. harap-harap, ia dapat tumbuh dengan baik. bukan apa... ia sekurang-kurangnya boleh menghilangkan stess dan yang penting mengeluarkan peluh.. Ya Allah, Jadikanlah rumahtangga adalah rumahtangga yang penuh kasih sayang dan ketaatan kepadaMu. Jadikanlah anak-anak kami, anak-anak yang membesar dalam ketaatan kepadaMU.... amin

Monday, August 16, 2010

Terkenang sahabat-sahabat lama..


perjalanan semalam dari bumi serambi mekah ke Gerik, Perak, benar-benar menggamit kesayuan hati.. melihat pepohonan hijau di sepanjang jalan membuatku mengelamun jauh mengingati zaman belajar di universiti dulu.. teringat daku akan sahabat-sahabatku seperjuangan... Lin Sarun, Ida Haryani, Siti Suhaina, Fari, Dayah, ana, kak Na, ahh... rindunya aku pada mereka... bila agaknya boleh berjumpa kembali...sahabat-sahabatku. Masing-masing ada kehidupan sendiri sekarang..
walau sejauhmana kita terpisah, persahabatan kerana Allah takkan terputus sampai bila-bila

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan... alhamdulillah Ramadhan datang lagi.. Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini untuk melaksanakan ibadah kepadaMu... Jadikanlah hambaMu, termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih menjadi hambaMu yang soleh.. Ya Allah, bantulah kami dalam melaksanakan ibadah semaksimum mungkin kepadaMu.. amin.. Ya rabbal alamin

Monday, August 2, 2010

Library Mini Kami




minat mengumpul bahan-bahan bacaan memang mendalam sejak zaman sekolah lagi. tetapi zaman itu, pulus untuk membeli bahan-bahan tersebut agak terhad.. alhamdulillah bila dah bekerja, ada duit sendiri, minat itu menjadi-jadi... sehingga akhirnya satu bilik menjadi library dek buku-buku yang banyak dan tak terhabis untuk dibaca.

melihat buku-buku yang tersusun di rak, amat-amat menenangkan hati.. cuma masa sahaja yang kurang mencukupi untuk terus duduk di library mini ini untuk membelek dan membaca... takpe.. kita beli dan kumpul dulu, insya Allah ada masa kita baca..

insya Allah ada masa nanti, saya teringin nak menghias perpustakaan mini kami ini supaya menarik minat kami dan anak-anak untuk duduk membaca di dalamnya... anak-anak ada rak buku mereka.. walaupun mereka masih belum pandai membaca, tetapi bagi saya adalah penting untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak akan kepentingan dan faedah membaca

mencari idea



Tiada idea untuk dimuatkan di dalam blog kali ini, saya mula membuka dan membaca beberapa blog sahabat-sahabat lama semasa di Universiti dulu, Fari, Lin Sarun, membaca artikel2 sahabat-sahabat.. seronok jugak.. dengar perkhabaran sabahat2 yg jauh di sana... lama dah tak jumpa.. masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. aduhai.. rindunya pada zaman-zaman dulu...

Wednesday, July 28, 2010

kursus puding, dadih dan mee

hari ini insya Allah saya akan menyertai sahabat2 masuk kursus. nak belajar cara nak buat puding dan dadih. hehe.. dengar mcm lawak kan..tetapi apa salahnya nak belajar. bukan nak berniaga tapi nak belajar untuk dipraktikkan di rumah buat suami dan anak-anak tersayang.





esok, satu lagi kursus yang akan disertai, iaitu kursus nak buat mee kuning. sahabat2 kata mudah je dan 1 kilo tepung boleh dapat 2kg mee. apa lagi teruja le sang empunya diri nak belajar... dengar2 kata mesinnya murah jer... boleh dapat sekira harga RM50- RM60.

sekurang2 kalau teringin nak makan mee tengah2 malam, tak payah le susah-susah si suami nak gi cari, tinggal je tangan yg kena rajin mengadun tepung buat sendiri... dan yang paling utama kita bolah pastikan apa yang kita buat itu sumbernya sah halal

Rezeki Allah Taala Yang Melimpah ruah..

Alhamdulillah, minggu ini genap 3 minggu kami sekeluarga menduduki rumah baru, rumah yang kami beli sendiri. memang betul kata sahabat-sahabat, nak masuk rumah baru ni, macam-macam nak pakai duit. nak pasang grill la, auwing rumah, kabinet dapur, lampu kipas upah itu ini.. mahu mencecah puluhan ribu kalau tak dibudget betul-betul apa yang benar-benar diperlukan.
alhamdulillah, selepas 'sign' agreement tahun lepas, saya dan suami telah mengambil kata sepakat untuk menabung khusus untuk masuk rumah baru. dapat lah juga dikumpulkan lebih kurang RM3000. sekurang-kurangnya lepas le nak buat grill rumah. kemudian dicampur duit tabung sendiri sedikit plus dengan duit lebih pembelian rumah disimpan untuk membayar kabinet dapur, cukup sekadarnya. bukan nak bermewah atau menunjuk tetap cukup sekadar untuk keselesaan kami sekeluarga.

alhamdulillah, saya dapati sekitar rumah kami suasananya Ok, apatahlagi pntu rumah berdepan dengan pintu surau, hanya dipisahkan oleh jalan sahaja. maka ia benar2 amat memudahkan sang suami nak berkunjung ke surau dan mengimarahkan surau sepanjang waktu (kalau boleh). Azan benar2 amat jelas kedengaran di dalam rumah kami dan ia amat2 menenangkan hati kami sekeluarga..

Itulah rahmat Allah Taala kepada kami.. ramai yang bertanya kami, mcmane kami boleh dapat rumah tepi (Corner lot). rezeki itu je jawapan kami... anak2 ada tanah untuk bermain, kami ada tanah untuk bercucuk tanam serba sedikit..

rumah boleh dikatakan 80% sudah dikemas.. dengan bantuan suami kerja-kerja mengemas menjadi semakin mudah, ringan dan pantas dilakukan... tak dilupakan juga bantuan kedua-dua belah mak dan bapa kami yang datang dari kampung dan sama-sama membantu meringankan beban kami. alhamdulillah, dengan keadaan diri yang makin sarat, sedikit sahaja kerja yang dibuat sudah cukup membuat diri keletihan. takpe... letih tapi puas!!!
Dijemput kawan-kawan @ sahabat-sahabat menginggah ke teratak kecil kami....

Monday, July 19, 2010

menghangatkan kembali semangat menulis

sudah lama tidak mengirim apa-apa catatan dalam blog ini. kesibukan yang menghambat diri benar2 membuatkan diri tidak mempunyai kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata-kata buat ingatan diri sendiri. keletihan yang sering mengekori diri membuatkan diri ini sentiasa cuba mengoptimumkan masa baki yang ada untuk anak-anak dan suami.

Ya Allah, Permudahkalah urusan kami ini. janganlah jadikan kesibukan dan keletihan kami ini sebagai alasan untuk kami lari dari melaksanakan tanggungjawab utama kami kepadaMu... amin

Tuesday, June 1, 2010

Tugasan hari ini

alhamdulillah hari ini saya dah setelkan proposal latihan 'multiskilling' untuk pensyarah-pensyarah unit IT. Budget kewangan pun dah siap dan dah sudmit kt KJ. terpulang kepada perbincangan KJ dan pengarah nak terima atau tak... sekarang perlu fokuskan pula kepada projek/ proposal kebolehpasaran graduan... mmm payah jgk nak cari syarikat ni.. harap2 Allah permudahkan urusan ini.

hari ini sememangnya rancang nak pulang ke rumah waktu rehat tengahari. sekurang2nya boleh mengemas rumah dan sidai pakaian yang masih berbaki...

tak sempat...


tahap kepenatan yang kritikal dalam dua minggu ini benar-benar menguasai diriku. tak mampu membuat kerja-kerja rumah dan segalanya diserahkan kepada sang suami untuk dibuat. lalu, aku hanya duduk dan terbaring melihat suami membuat kerja-kerja rumah seorang diri. kesian... moga Allah memberi balasan yang terbaik buat suamiku... dan diharapkan situasi ini tak lama, habis fasanya, insya Allah, aku akan kembali normal

Monday, May 24, 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Jadual hidupku

Aku belum bersedia nak ke klinik untuk membuat buku. takpe masih ada masa 3 minggu lagi sebelum 12 minggu usia kandungan ni. nak buat persediaan untuk menjawab soalan2 'misi' yang macam2 dulu.. issh ... susah jgk.. terasa agak terbeban. walau bagaimanapun, aku agak selamat kerana, insya Allah tak bersalin tahun ini tapi awal tahun depan. sekurang2nya aku dah selang setahun.. hehe walaupun kalau ikut bulannya... sama je dengan anak-anak yang lain.

tubuh masih terasa agak letih.. mungkin fasa pertama tak hilang lagi.. aku kena tabahkan diri demi anak-anak.. kita ttak menolak apa yg dah Allah kurniakan.
lagipun, bila difikir-fikirkan balik, masih rama sahabat2 diluar yang sudah bertahun menanti kedatangan cahaya mata, tetapi belum ada rezeki... betapa Allah tetap memberi rezeki kepada kami... maka ucapkanlah syukur kepada tuhanmu... pasti ada hikmah disebaliknya...

Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan kami...

Friday, May 21, 2010

Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu







Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. (1)

Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi..

Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang :

1. Niat yang rosak

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rusak maka rusaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” (2)

Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan karena Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.”

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil

Coba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terbersit di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang bisa selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Karena seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…

Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” (3)

Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin / senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :

“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan banrangsiapa yang beramal karena riya maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” (4) Naudzubillahi mindzalik.

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, niscaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!

4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan

Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Coba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???

5. Menyia-nyiakan kesempatan belajar di waktu kecil.

Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)
Karena itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, laki-laki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.

Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai kapankah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”

6. Bosan dalam menuntut ilmu

Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan bisa mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan : ” Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya” (5)

Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada obatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh karena itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatnya ilmu.

7. Menilai Baik Diri Sendiri

Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.

Allah TA’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)

8. Tidak Mengamalkan Ilmu

Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)

9. Putus Asa dan Rendah Diri

Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78)

Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.
Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.

10. Terbiasa Menunda-Nunda

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan merusak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.” (6)

11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah

Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah karena ahlul bid’ah merasa ridha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.

12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu.

Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, karena belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.
Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,”Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”

Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,”Dikataka n kepada Imam As-Sya’bi ’Darimana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,’Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak.”

Disarikan dari : Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga, karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas (Pustaka At-Takwa : 1428 H)

Catatan Kaki:
Hadist Shahih, diriwayatkan oleh ahmad, abu Dawud, attirmidzi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban [1]
hadist shahih riwayat Al-Bukhari [2]
hadist shahih riwayat Thabrani [3]
HR.Bukhari-shahih [4]
Ishlaahul Masaajid minal Bida’ wal Awaa’id hal.110, karya al-Allamah Muhammad bin Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah [5]
dari Iqtida al-Ilmi al’amal [6]

source: jilbab online

Task baru

Semalam semua ketua program termasuklah saya bermesyuarat dengan KJKK (Ketua jabatan).. banyak juga agenda yang dibincangkan. bermacam2 program yang perlu dibuat yg tujuan utamanya nak memantapkan pengurusan organisasi bawahan.

hari ini kami bermesyuarat pulak dengan Tuan Pengarah KKGP. hehe semua ketua program mendapat satu task baru untuk dibuat sesegera mungkin. Kebolehpasaran pelajar. so, ketua program perlu buat kerja untuk dihantar ke JPKK bagi nak dapat peruntukan kewangan... hai.. kerja.. kerja.. tapi, insya Allah. Kalau kita niatkan kerana Allah, kita akan dapat pahala dan Allah akan permudahkan urusan kita... Ya Allah, semoga usahaku ini memberi manafaat kepada orang lain...





p/s : tukar penggunaan aku kepada saya krn sebenarnya mmg tak biasa membahasakan diri dengan aku pun...

Thursday, May 20, 2010

rezeki dari Allah...

seminggu dua aku benar-benar keletihan. mungkin banyak urusan pejabat yang perlu diselesakan dan urusan rumahtangga yang sentiasa menimbun.. maka bermula awal minggu ini, aku benar-benar tidak sempat untuk memasak makan untuk bekalan anak-anak di waktu pagi. agak kecewa tetapi iya sememangnya aku benar-benar penar. walaupun rutinan seawal 4.00 pagi aku bangkit dari tidur tetapi kepenatan tetap terasa sehingga membuatkan aku baring semula..

ahhh... kenapa ye??? aku ceritakan pada suami dan suami kata takkan lah aku "me... ".
kepenatan itu berlarutan sehinggalah dalam beberapa hari aku merasakan kelainan pada mulut. terasa mual semacam.. ahh.. ini tak boleh jadi.. petang semalam aku mengajak suami ke kedai untuk membeli precnant test kit. walaupun berdebar dan takut. iya aku takut kalau positif kerana aku sebolehnya merancang ingin berehat dahulu selepas melahirkan anak 3 orang setiap tahun.
sampai di rumah , Atiqullah aku hulurkan pada abinya dan terus masuk tandas. mmm... tak sampai 1 minit, bacaan mmg menunjukkan positiF....

ahhh... antara takut, gembira, pening, semuanya bermain dalam kepalaku.

suamiku kata, itu dalah rezekit Allah, kita mmg dah merancang, tapi Allah nak bagi juga. maka kita terimalah.. terasa lega sekejap

tp tak lepas lagi, bila nak buat buku nanti, pastinya aku akan berdepan dengan nurse & doktor yg pastinya akan membebal kepadaku.
" haa dah cakap makan perancang ke pakai alat ke.. ini dah kantoi... bla..bla... ishh.. rasa tak sanggup nak dengar.....

Ya Allah bantulah hambaMu ini... permudahkanlah dan peliharakanlah anak dalam kandunganku ini. permudahkanlah urusan bersalinkannya kelak. jadikanlah dia anak yang soleh maupun solehah...Ya Allah Aku redha dengan segala ketentuanMu.. ampunkanlah diriku dan jadikanllah hambaMu ini seorang hamba yang cekal dan tabah... amin


Kita hanya Merancang...

Manusia dianugerahkan oleh Allah akal fikiran untuk berfikir, merancang dan merangka diari dalam hidupnya. kelebihan akal ini digunakan oleh manusia untuk merancang kehidupannya dimuka bumi ini agar sejahtera, aman dan bahagia. namun... sebagai seorang manusia kita tidak boleh menolak dan mengenepikan hakikat sebenar manusia iaitu hanyalah hamba yang menjalankan perintah tuannya. walaupun hamba itu boleh merancang apa yg ingin dibereskan namun, dia seharusnya akur dan semestinya patuh dgn arahan dan takdir yg ditentukan oleh tuannya.

analoginya begini.. seorang bibik telah merancang untuk memasak asam pedas untuk santapan malam untuk tuannya. sememangnya begitu, tuan rumahnya tidak kisah, lauk apapun yang dimasak oleh bibiknya. namun pada hari itu, tiba-tiba sahaja tuan rumah itu menyuruh bibiknya memasak ikan bakar bersama air asam kerana katanya dah lama tidak makan sebegitu..

maka, adakah bibiknya akan teruskan juga memasak asam pedas itu? Sudah pastinya Tidak!!! walaupun bahannya sudah siap, namun sebagai sorang gaji, dia terpaksa mengikut arahan tuannya..

maka begitulah dengan kita.. walaup sehebat manapun kita merancang... Allah jualah yang menentukan segalanya...

Thursday, May 13, 2010

'Atiqullah demam


dah 3 hari 'Atiqullah demam. alhamdulillah hari ini ada sedikit kemajuan. Si kecil ini dah boleh senyum, berbanding semalam yg langsung tidak memberi apa-apa respon bila di'agah'. sifatnya yg mudah gelak atau setidak-tidaknya senyum itu, kalah dek diserang demam yang saya rasakan kemungkinannya krn tumbuh gigi susu yang pertama. sakit kan... sabarlah sayangku. itu hanyalah dugaan yg amat-amat kecil jika dibandingkan dengan cabaran hidupmu kelak...

Ya Allah, peliharalah anak-anakku daripada malapetaka dan kejahatan syaitan, jin dan manusia... amin

Monday, May 3, 2010

Manusia

dah lama aku tak menulis di dalam blog ini. ketidaksempatan masa nak membukanya. terlalu banyak kerja-kerja yang nak diselesaikan buat masa ini.. keletihan yang menghambat diri yang membuatkan kadang-kadang tak sempat nak memuhasabah diri sendiri..

Ahh... manusia. takkan habis dengan kerjanya. Lumrah kita hidup di atas bumi Allah ini...

Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam menyelesaikan segala tanggungjawab yang terbeban dibahuku ini... permudahkanlah segala urusanku.. amin

Thursday, April 22, 2010

Kursus Blog Siri 2


Tarikh : 22 April 2010

Masa : 8 Pagi

Tempat : Makmal Rafflesia 1

Sasaran : Pelajar STM2A


Tuesday, April 13, 2010

Kursus Membina Blog


Kursus Membina Blog di Kolej komuniti Gerik


Tarik : 13 April 2010

Masa : 8.00 pagi - 5.00 Petang

Tempat : rafflesia 3

Tenaga Pengajar : Pn suhaida Borhan


Kursus Pendek Membuat Blog


Lama sudah tak buka blog sendiri. dalam seminggu dua ini aku teramat sibuk dengan urusan kerja dan peribadi sampai nak postkan something pun tak sempat. alhamdulillah hari ini dapat mengajar kursus pendek membuat blog. sekurang-kurangnya aku sendiri akan mendapat ilmu baru....

Monday, March 29, 2010

sunyi...




hari ini majoriti sahabat-sahabat pensyarah pergi ke program konvokesyen pelajar kat sungai Siput. tinggal beberapa orang termasuk aku je kat kolej...

ahh.... sunyinya Ya Allah. Sunyi sangat.. teringat aku pada seorang sahabat, arwah dah. Muhd fadhil b. Ismail.. muda lagi orangya. pangkat adik padaku. arwah kemalangan yg meragut nyawanya pada hari aku mempertaruhkan nyawaku untuk kelahiran anakku yang ke-3. Ya Allah.. aku menerima mesej dari ainah, sahabat rapatku jam 3 pagi, yg pada mulanya menelefonku. tetapi aku sengaja tak angkat kerana dok menahan rasa sakit nak bersalin di hospital gerik. ttp apabila mesej masuk, aku merasakan ada sesuatu yang penting yang nak di sampaikan. ia... aku mendapat berita arwah kemalangan dan jenazahnya dah berada di hospital gerik, beberapa meter sahaja dengan wab bersalin.. Ya Allah.. aku tak sempat melihat jenazah buat kali terakhir, namun kelahiran anakku, Muhammad 'Atiqullah membuatkan aku sentiasa teringat akan arwah.


Ya Allah, rahmatilah arwah Muhd Fadhil, masukkanlah dia di dalam golongan orang-orang yang dirahmati dan mendapat keampunan dariMu. amin

Thursday, March 25, 2010

Penat Punya pasal???




Kak Long Farhanah dah mula belajar buang air kat dalam tandas.berkat kesabaran abinya mendidik selama 3 hari (masa cuti sekolah) minggu lepas, kak long nampaknya dah konsisten. dia akan bagitahu nak kencing atau berak, dan terus ke tandas. alhamdulillah...

cuma waktu malam sahaja, kak long masih tak pandai nak control. nak jadi cerita, umminya yang selalu kepenatan bila balik kerja... selalu terlupa nak pakaikan pamper kt kaklong. akhirnya, 3 toto kebasahan tinggal tilam nipis yg menjadi hamparan anak-anak untuk tidur. esok kena gi hantar toto ke dobi...
penat punyer pasal

Wednesday, March 24, 2010

Mentarbiyyah diri sendiri

program qiamullail dmpkg dapat jugak dibuat hujung minggu lepas. walaupun sambutannya kurang menggalakkan, kerana beberapa orang ajk terpaksa ke KL, mesyuarat tergempar tetapi itu tidak membantutkan semangat ahli yang ada.

kehadiran sahabat2 seramai 4 orang, pada mulanya amat melemahkan semangatku yang membuat kertas kerja bagi program ini di bawah lujnah terbiyyah dan kepimpinan. tapi alhamdulillah ada sesuatu yang aku perolehi semasa program tu.

anak-anak kubawa sekali. suami pun ikut sekali. alhamdulillah, anak2 tak banyak karenah untuk tidur. memang niat kami nak membiasakan anak-anak dengan program-program jemaah.

selepas isya', kami membuat perbincangan disamping tazkirah ringkas.
seorang sahabat, kak shah berkongsi tentang program maulidurrasul di kampungnya. apa yg menarik perhatian dan benar2 menyentuh hatiku ialah tentang ilmu yng disampaikan oleh ustaz tersebut.

kata:"kita sayangkan Rasulullah, tapi berapa banyak sunnahnya yang kita buat?
kita sayangkan rasulullah, berapa banyak hadithnya yang telah kita hafal?
kita sayangkan rasulullah, kenapa kita tak ikut apa yang rasulullah buat?

ahh... betul2 menyentuh hatiku.
aku merenung diri sendiri, iya... sudah berapa banyak hadith yg aku hafal sehingga kini??
terasa dhaifnya diriku,. terasa malu dgn diri sendiri

selepas program tu, aku berazam nak menghafal seberapa banyak hadith nabi. dan aku mulakan dgn menghafal hadith no.1 dari hadith 40.

Pendidik Jiwa

Firman Allah Ta’ala:

مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي ٱلأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ ٱلنَّاسَ جَمِيعاً


‘…Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya …

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً


‘…Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya….’
~Surah Al-Maidah:32

Kata Para Ahlillah:

‘Jika itu ditujukan buat orang yang membunuh jasad manusia,maka betapa dasyatnya jika seseorang itu membunuh jiwa manusia.Maka bagaimana pula jika seseorang itu menghidupkan hati manusia?!seolah-olah ia telah menghidupkan seluruh hati2 manusia.’

Tambahan Al-Habib Umar:

‘Dari sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai kedudukan para murabbi yang mendidik hati2 manusia.’

Kaitan dengan diri KITA?

Dalam apapun posisi yang Allah sudah tempatkan buat kita,maka jangan kita pisahkan kerja TARBIYAH.Contoh:kalau kita menjadi seorang guru,maka jadilah,bukan sahaja seorang yang mengajarkan ilmu,tapi mendidik hati anak2 didiknya.

Jika kita tidak mampu menjadi murabbi,maka sedaya upaya untuk menjadikan diri kita itu sebagai asbab (penyebab) hidupnya hati manusia seperti menunjuk dan mengajak kepada kebaikan atau menunjuk kepada ahlinya.Sepertimana kita tahu bahawa kebaikan itu menghidupkan hati manusia dan maksiat pula mematikan hati manusia.Oleh itu,hendaklah kita berhati-hati agar jangan sampai kita menjadi sebab matinya hati manusia.

Firman ALLAH ta’ala:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [41:33]

Ya Allah,Jadikan kami sebagai penolong Rasulullah dalam menyebarkan risalahnya…

Friday, March 5, 2010

Ibu bapa saling berkasih pengaruhi akhlak anak

Bersama Prof Dr Sidek Baba

IBU sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga.

Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah.

Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.

Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah.

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.

Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga.

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.

Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga.

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama.

Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga.

Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa.

Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak.

Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir.

Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian.

Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah.

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah.

Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat.

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik.

Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak.

Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.

Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara.

Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya.

Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan.

Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Sifat-sifat Pendakwah






Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

sumber : I Luv Islam.com

Ingat-ingatlah...

Thursday, March 4, 2010

"Atiqullah demam

Semalam Muhammad 'Atiqullah demam. Aku terpaksa mengambil cuti rehat emergency. alhamdulillah, semalam takde kelas, so tak perlu pening2 nak fikir nak ganti kelas hari lain. tak sampai hati rasanya nak hantar si kecil tu kat pengasuh dalam keadaan dirinya tak sihat. mungkin 'Atiqullah nak bagi hit kat ummi dia, yg dia nak bersama umminya sepanjang hari semalam.

alhamdulillah, demamnya hanya waktu pagi sahaja. tengahari dan sebelah petang dia dah OK cuma nak menyembang tak habis-habis. cuti hatu hari semalam, aku mengemas rumah terutama mencuci kain sampai tak cukup ampaian. bila si kecil tu tidur, aku curi-curi masa membuka laptop kesayanganku untuk menyiapkan kertas kerja program sambutan maulidurrasul DMPKG yg diamanahkan kpdku. sempat aku print dan siapkan minit DMPKG yg lepas. juga aku sempat siapkan surat2 untuk mesyuarat agung DMPKG yg akan datang. alhamdulillah. berbaloi jugaklah cutiku ini...

mmm... kadang-kadang aku terfikir bagaimana aku nak membahagikan masaku sehari hari sebaik yang mungkin. ada masa untuk bersama suami, masa untuk anak-anak, masa untuk jemaah malah masa untuk diriku sendiri.. kadang2 aku terlupa yg aku perlukan masa untuk diri sendiri..

Ya Allah bantulah hambuMu ini untuk menjadi hamba yang terabik disisiMu... amin

Wednesday, March 3, 2010

Mutiara Kata

"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"

"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain"

Monday, March 1, 2010

renungan hari ini

Kita takkan mampu memuaskan hati semua orang kerana kita tidak diciptakan untuk memuaskan hati manusia tetapi tujuan penciptaan kita adalah untuk menjadi hamba kepada Allah Taala

Thursday, February 25, 2010

Renungan



Tujuan Pendidikan Yang Paling Tinggi Bukanlah Pengetahuannya tetapi kelakuan dan tingkahlakunya

Tuesday, February 23, 2010

Doa Nabi Muhammad semasa beliau bangun dari tidur bagi solat tahajud


Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Hanya bagiMu segala pujian,
Engkaulah Yang Maha Haq,

JanjiMu itu Maha Benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,

Syurga itu benar, Neraka itu benar,
Para nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
Dan Hari Kiamat itu adalah benar.

Ya Allah, hanya untukMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakal,

Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KeranaMu aku berjuang, dan
kepadaMu pula aku berhakim.

Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada dosa-dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku.

Engkaulah yang Menyegerakan dan Engkaulah yang Mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau,
Ya Allah…

(hadith riwayat al-Bukhari)

Antara Keluarga dan Kerjaya

Wanita yang berkerjaya pasti menghadapi dilema ini.. antara kepentingan keluarga dan keperluan organisasi. antara anak dengan kerja. ahh... ia amat2 merumitkan malah membebankan hati seorang wanita. kalau tak bekerja, bebanan terlalu berat untuk ditanggung oleh sang suami dengan kos kehidupan zaman kini. oleh itu sang isteri, merelakan diri untuk sama-sama terjun keluar membanting tulang memerah keringat mencari rezeki.

Benarlah... Allah menjadikan wanita ini cukup hebat. walaupun wanita sememang sinonim dengan airmata, namun airmata itu bukanlah petanda akan lemahnya hati seorang wanita ttp halusnya seorang wanita. tangisnya bukan tangis kerana putus asa tetapi kekuatan yang mendatang.

ahh... hebatnya wanita...

Monday, February 22, 2010

Pembentangan Penyelidikan

12 Feb 2010

Buat pertama kalinya aku berpeluang membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk
"Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Gerik"

Insya Allah, ia mungkin merupakan satu titik permulaan untuk terus mengadakan penyelidikan demi penyelidikan...

Perancangan penyelidikan akan datang:

"Masalah Disiplin Pelajar : Punca dan Penyelesaiannya"

Nantikan.....

Wajah-wajah Si Permata Hati


3 permata hatiku yang amat aku sayangi....


Farhanah Solehah atau Along adalah seorang kakak yang cukup prihatin. Along yang pada pandanganku agak matang berbanding usianya, cepat belajar dan mudah memahami situasi.
walaupun kadang-kadang sikap keanak-anakkan yang suka berebut barang dengan si adik menyebabkan si adik akan menangis, tetapi jika ditegur dan diminta beralah, maka dia cepat memahami..

"Along besar doh, along cedik (cerdik) doh, along nak gi cekolah (sekolah)" kata-kata yang selalu diulangnya.









Amirah 'Aqilah nama anak keduaku. wajahnya suram dan agak pendiam. namun apabila dia ketawa, suaranya mengalahkan si kakak yang becok dan tak henti-henti bertanya... Amirah agak manja dengan uminya berbanding dengan kak long yang tak lekang dengan abinya



Muhammad 'Atiqullah anak ketiga yang cukup mudah untuk menjaganya. kurang menangis dan merengek. mungkin kerana memahami kesibukan ummi dan abinya... al hamdulillah tidak bermasalah diberikan susu perahan menggunakan botol, berbanding dengan kakak-kakak mereka sebelum ini yang sentiasa meruncingkan hati sang ibu apabila ditinggalkan kepada pengasuh.

Anak...


ia adalah anugerah Allah yang amat bererti dalam sesebuah rumah tangga.
mereka menceriakan sebuah rumahtangga
mereka menyatukan hubungan suami & isteri.
Ya Allah jadikanlah anak-anak kami ini anak-anak yang soleh & solehah. penyejuk mata ayah bonda. dan pejuang di jalanMu... amin

Monday, January 25, 2010

alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Taala krn masih lagi diberi nikmat untuk melihat dunia ini. masih lagi mampu untuk bangun dan tunduk sujud kepadaNya. masih lagi berpeluang untuk bertaubat kepadaNya, masih lagi boleh mengadu kepadaNya.


Ya Allah jadikanlah hari ini suatu permulaan yang baik dan bAdd Imageerakhirnya hari ini penuh dengan perkara-perkara yang diredhai olehMu. Ya Allah berkatilah rezeki yg dicari hari ini, permudahkanlah segala urusanku hari ini. cukupkanlah kami dengan apa yang kami perolehi..

amin ya Rabbal Alamin...

..........................

jadual hari ini

1. preparation untuk subjek spa 305 & ppm 001 bagi kelas esok
2. telefon ke BLK untuk maklumat tentang program master
3. cek balik program master yg ditawarkan di USM
4. siapkan FRP (Tugasan, kuiz, ujian & projek)
5. samb... baca buku ... 1 buku 1 minggu)

Thursday, January 21, 2010

Motivasi hari ini


"Sesiapapun boleh memulakan sesuatu yang baru, tetapi apabila anda sudah komited, ada perkara ghaib yang mendorong anda dan mustahil bagi orang lain menghalang anda"


Tuesday, January 5, 2010

Kedai Menjual Anak

Sebuah kedai yang satu-satunya wujud di dunia yang “menjual anak”

baru saja dibuka di sebuah bandar. Dimana pasangan muda yang baru saja berkahwin dapat memilih anak-anak yang mereka inginkan di kedai ini. Kedai ini terdiri dari 6 tingkat dan berada di tengah-tengah ibu kota.

Dipintu masuk kedai terdapat satu kenyataan,
“Anda hanya dapat mengunjungi KEDAI INI SEKALI SAHAJA seumur hidup dan juga hanya dapat mengunjungi setiap TINGKAT SEKALI sahaja.

Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat dimana setiap tingkat akan mempamerkan anak yang akan dipilih. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula harga anak tersebut. Tapi ingat dan berhati-hati dalam membuat pilihan.

Anda boleh memilih anak di tingkat tertentu atau ke tingkat berikutnya tetapi dengan satu syarat bahawa setelah anda meninggalkan tingkat tersebut maka anda tidak boleh turun ke tingkat bawah kecuali untuk turun keluar dari kedai melalui tangga yang ada di bahagian tepi kedai.

Untuk membeli satu atau lebih anak di kedai ini tidak perlu membayar dengan wang, tetapi anda hanya perlu bayar dengan BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH. Maka anak yang anda pilih boleh di bawa pulang.

Selepas 3 tahun berlalu, datanglah sepasang pasangan tua yang masih belum memiliki anak pergi ke kedai tersebut untuk mencari pilihan anak yang diinginkannya.

Setelah memahami semua arahan yang diberi, maka pasangan tua tersebut menaiki tingkat pertama.

Di tingkat pertama terdapat pernyataan seperti ini :
Ini tingkat Pertama : Anak-anak di tingkat ini semuanya sihat dan sempurna tanpa cacat sedikitpun.

Pasangan tua tersebut tersenyum sambil melihat kearah anak yang dimaksudkan, kemudian mereka naik ke tingkat seterusnya.

Di tingkat kedua terdapat pernyataan seperti ini :
Ini tingkat
Dua : Anak-anak di tingkat ini semuanya sihat, sempurna dan taat pada perintah orang tua.

Kembali pasangan tersebut melihat kearah anak-anak tersebut, berhenti sejenak dan tersenyum lalu segera naik ke tingkat seterusnya dengan penuh mengharap.

Di tingkat ketiga terdapat pernyataan seperti ini :
Ini tingkat
Tiga : Anak-anak di tingkat ini semuanya sihat, sempurna, taat pada perintah orang tua dan cerdas.

Wow!! Inilah yang aku cari fikirnya dalam hati, tetapi hatinya masih berharap dan ingin mendapatkan yang lebih baik lagi. Lalu sampailah pasangan tadi di tingkat keempat dan terdapat pernyataan,

Ini tingkat Empat : Anak-anak di tingkat ini semuanya sihat, sempurna, taat perintah, cerdas, rajin membantu orang tua dan sangat bijak.

Mereka seakan tidak percaya ! Tapi hati mereka berkata, mengapa aku tidak cari yang lebih baik lagi dari mereka semua..?

Hingga akhirnya mereka memutuskan untuk melanjutkan naik ke tingkat lima dan terdapat pernyataan seperti ini :

Ini tingkat Lima : Anak-anak di tingkat ini semuanya semuanya sihat, sempurna, taat perintah, cerdas, rajin membantu orang tua, sangat bijak, menyenangkan, akhlak yang baik dan sopan-santun tetapi semuanya perempuan.

Pasangan ini berhenti sejenak terpegun memandangi anak-anak tersebut, tetapi hati mereka masih terfikir, “mengapa aku tidak cari yang paling sempurna dari mereka semua dan semestinya ada anak lelaki ?” Bisik sang suami pada isterinya.

Kemudian dengan penuh mengharap pasangan tua ini melangkah kembali menuju ke tingkat enam dan terdapat pernyataan seperti ini :

Ini tingkat Enam : Anda adalah pengunjung yang ke 9,366,713. Tidak ada satu pun anak lelaki atau perempuan di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata menjadi bukti bahawa manusia tidak pernah bersyukur dan berterima kasih akan apa yang telah diterima oleh mereka.

Kami ucapkan Terima kasih kerana telah berbelanja di kedai kami. Hati-hati ketika keluar dari kedai ini melalui tangga yang disediakan dan semoga anda terus bersyukur walaupun anda tidak berjaya mendapatkan seorang anak untuk menghiasi kebahagiaan hidup rumahtangga anda berdua

diambil dari: anakusayang.com

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.