Thursday, October 20, 2011

BAGAIMANA MENGURUS KELUHAN MENJADI SYUKUR & IKHLAS?

Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.
Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan rahmat Allah, manakala kepada majikan jika gaji kecil kita mempersoalkan reputasi syarikatnya. Jika anak-anak nakal dan bermasalah ada juga yang menyalahkan isteri sebagai tidak pandai mendidik dan sebagainya. Kita juga kecewa dan kesal apabila h/p tidak terjawab atau berbalas.Itulah sebahagian contoh kecil yang merupakan sebuah manifestasi dari perasaan tidak puas yang akhirnya membuahkan keluhan. Fenomena di negara yang kita cintai ini juga melalui denai ketidak-puasan hati di mana-mana akibat penyalahgunaan kekuasaan, korupsi-kolusi dan nepotisme dan banyak lagi kriminal politik yang semuanya menunjukkan pada satu hal : ketidakpuasan! Sebuah potret masyarakat yang diwarnai dengan berbagai keluhan.Allah Taala menyukai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan dan bersabar ketika ditimpa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan. Masalahnya apabila seseorang itu hanyut dalam keluhan, panca-inderanya pun tidak mampu memainkan fungsinya untuk melihat, mendengar, mencium dan merasakan nikmat yang bertebaran diberikan oleh Allah Taala. Hatinya serta merta buta dari mengingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tiada batas.Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih (Rujuk Surah Ibrahim ayat 7).Mengeluh Hanya Pada Allah TaalaKetika sebuah kejadian tidak diingini menimpa seseorang, menyakitkan hati, membuat kepala berdenyut-denyut dan menjadikan seseorang itu merasa diberi ujian yang sangat berat dan tidak sanggup mengatasinya sendiri, lalu benarkah tindakannya jika ia mengeluhkan masalahnya kepada orang lain?Rasulullah S.A.W pernah mengalami sebuah kondisi yang jauh dari yang beliau inginkan. Para kaum musyrikin mengabaikan seruannya. Dalam kondisi tertekan tersebut Rasulullah S.A.W mengeluh hanya kepada Allah Taala. seperti yang terkandung dalam Surah Al Furqon ayat 30, "Dan berkatalah Rasul (Muhammad), 'Ya Tuhanku! Kaumku ini sesungguhnya telah meninggalkan jauh Al Quran'. Begitu pula dengan Nabi Yaaqub dan Nabi Ayub, di mana Nabi Yaaqub berkata; Sesungguhnya aku mengeluh keadaanku dan kesedihanku hanya kepada Allah". (Surah Yusuf:86).Manakala Nabi Ayyub A.S yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya, ketika Nabi Ayyub berkata, "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau (Allah) adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (Surah Al Anbiya’:83).Sebaiknya, mengeluhlah hanya kepada Allah kerana sesungguhnya semua kejadian sudah menjadi sebuah ketentuanNya dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi solusi. Tetapi dalam kondisi-kondisi di mana seseorang mengeluh tentang masalahnya kepada orang yang diyakini amanah untuk mendapatkan penyelesaian, maka dalam hal ini sebahagian ulama memperbolehkan. Sebagaimana kata Ibnu Qayyim , dalam ‘Uddatu Ash Shabirin, "Menceritakan kepada orang lain tentang perihal keadaan, dengan maksud meminta bantuan petunjuknya atau pertolongan agar kesulitannya hilang, maka itu tidak merosak sikap sabar; Seperti orang sakit yang memberitahu kepada doktor tentang keluhannya, orang teraniaya yang bercerita kepada orang yang diharapkan dapat membelanya, dan orang yang ditimpa musibah yang menceritakan musibahnya kepada orang yang diharapkannya dapat membantunya".

PENYAKIT DI KALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.Masalah Disiplin Para AktivisDi antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan jamaaah. Ini berlaku apabila seseorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang menyanggahi peraturan-peraturan jamaah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada pimpinan jamaah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jamaah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.Masalah Kutlah/ Kelompok Yang Membawa Fitnah Dalam TanzimUntuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab musyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jamaah Islam.Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jamaah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka. Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jamaah Islam.Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jamaah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jamaah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jamaah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. Saidina Umar Al Khattab R.A pernah berkata, "Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan)". Manakala Imam Fudhail berkata, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya"."Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya".Sebenarnya bukanlah satu keaiban/ kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan.Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jamaah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.