Monday, March 29, 2010

sunyi...




hari ini majoriti sahabat-sahabat pensyarah pergi ke program konvokesyen pelajar kat sungai Siput. tinggal beberapa orang termasuk aku je kat kolej...

ahh.... sunyinya Ya Allah. Sunyi sangat.. teringat aku pada seorang sahabat, arwah dah. Muhd fadhil b. Ismail.. muda lagi orangya. pangkat adik padaku. arwah kemalangan yg meragut nyawanya pada hari aku mempertaruhkan nyawaku untuk kelahiran anakku yang ke-3. Ya Allah.. aku menerima mesej dari ainah, sahabat rapatku jam 3 pagi, yg pada mulanya menelefonku. tetapi aku sengaja tak angkat kerana dok menahan rasa sakit nak bersalin di hospital gerik. ttp apabila mesej masuk, aku merasakan ada sesuatu yang penting yang nak di sampaikan. ia... aku mendapat berita arwah kemalangan dan jenazahnya dah berada di hospital gerik, beberapa meter sahaja dengan wab bersalin.. Ya Allah.. aku tak sempat melihat jenazah buat kali terakhir, namun kelahiran anakku, Muhammad 'Atiqullah membuatkan aku sentiasa teringat akan arwah.


Ya Allah, rahmatilah arwah Muhd Fadhil, masukkanlah dia di dalam golongan orang-orang yang dirahmati dan mendapat keampunan dariMu. amin

Thursday, March 25, 2010

Penat Punya pasal???




Kak Long Farhanah dah mula belajar buang air kat dalam tandas.berkat kesabaran abinya mendidik selama 3 hari (masa cuti sekolah) minggu lepas, kak long nampaknya dah konsisten. dia akan bagitahu nak kencing atau berak, dan terus ke tandas. alhamdulillah...

cuma waktu malam sahaja, kak long masih tak pandai nak control. nak jadi cerita, umminya yang selalu kepenatan bila balik kerja... selalu terlupa nak pakaikan pamper kt kaklong. akhirnya, 3 toto kebasahan tinggal tilam nipis yg menjadi hamparan anak-anak untuk tidur. esok kena gi hantar toto ke dobi...
penat punyer pasal

Wednesday, March 24, 2010

Mentarbiyyah diri sendiri

program qiamullail dmpkg dapat jugak dibuat hujung minggu lepas. walaupun sambutannya kurang menggalakkan, kerana beberapa orang ajk terpaksa ke KL, mesyuarat tergempar tetapi itu tidak membantutkan semangat ahli yang ada.

kehadiran sahabat2 seramai 4 orang, pada mulanya amat melemahkan semangatku yang membuat kertas kerja bagi program ini di bawah lujnah terbiyyah dan kepimpinan. tapi alhamdulillah ada sesuatu yang aku perolehi semasa program tu.

anak-anak kubawa sekali. suami pun ikut sekali. alhamdulillah, anak2 tak banyak karenah untuk tidur. memang niat kami nak membiasakan anak-anak dengan program-program jemaah.

selepas isya', kami membuat perbincangan disamping tazkirah ringkas.
seorang sahabat, kak shah berkongsi tentang program maulidurrasul di kampungnya. apa yg menarik perhatian dan benar2 menyentuh hatiku ialah tentang ilmu yng disampaikan oleh ustaz tersebut.

kata:"kita sayangkan Rasulullah, tapi berapa banyak sunnahnya yang kita buat?
kita sayangkan rasulullah, berapa banyak hadithnya yang telah kita hafal?
kita sayangkan rasulullah, kenapa kita tak ikut apa yang rasulullah buat?

ahh... betul2 menyentuh hatiku.
aku merenung diri sendiri, iya... sudah berapa banyak hadith yg aku hafal sehingga kini??
terasa dhaifnya diriku,. terasa malu dgn diri sendiri

selepas program tu, aku berazam nak menghafal seberapa banyak hadith nabi. dan aku mulakan dgn menghafal hadith no.1 dari hadith 40.

Pendidik Jiwa

Firman Allah Ta’ala:

مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي ٱلأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ ٱلنَّاسَ جَمِيعاً


‘…Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya …

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً


‘…Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya….’
~Surah Al-Maidah:32

Kata Para Ahlillah:

‘Jika itu ditujukan buat orang yang membunuh jasad manusia,maka betapa dasyatnya jika seseorang itu membunuh jiwa manusia.Maka bagaimana pula jika seseorang itu menghidupkan hati manusia?!seolah-olah ia telah menghidupkan seluruh hati2 manusia.’

Tambahan Al-Habib Umar:

‘Dari sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai kedudukan para murabbi yang mendidik hati2 manusia.’

Kaitan dengan diri KITA?

Dalam apapun posisi yang Allah sudah tempatkan buat kita,maka jangan kita pisahkan kerja TARBIYAH.Contoh:kalau kita menjadi seorang guru,maka jadilah,bukan sahaja seorang yang mengajarkan ilmu,tapi mendidik hati anak2 didiknya.

Jika kita tidak mampu menjadi murabbi,maka sedaya upaya untuk menjadikan diri kita itu sebagai asbab (penyebab) hidupnya hati manusia seperti menunjuk dan mengajak kepada kebaikan atau menunjuk kepada ahlinya.Sepertimana kita tahu bahawa kebaikan itu menghidupkan hati manusia dan maksiat pula mematikan hati manusia.Oleh itu,hendaklah kita berhati-hati agar jangan sampai kita menjadi sebab matinya hati manusia.

Firman ALLAH ta’ala:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [41:33]

Ya Allah,Jadikan kami sebagai penolong Rasulullah dalam menyebarkan risalahnya…

Friday, March 5, 2010

Ibu bapa saling berkasih pengaruhi akhlak anak

Bersama Prof Dr Sidek Baba

IBU sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga.

Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah.

Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.

Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah.

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.

Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga.

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.

Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga.

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama.

Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga.

Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa.

Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak.

Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir.

Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian.

Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah.

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah.

Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat.

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik.

Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak.

Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.

Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara.

Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya.

Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan.

Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Sifat-sifat Pendakwah






Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

sumber : I Luv Islam.com

Ingat-ingatlah...

Thursday, March 4, 2010

"Atiqullah demam

Semalam Muhammad 'Atiqullah demam. Aku terpaksa mengambil cuti rehat emergency. alhamdulillah, semalam takde kelas, so tak perlu pening2 nak fikir nak ganti kelas hari lain. tak sampai hati rasanya nak hantar si kecil tu kat pengasuh dalam keadaan dirinya tak sihat. mungkin 'Atiqullah nak bagi hit kat ummi dia, yg dia nak bersama umminya sepanjang hari semalam.

alhamdulillah, demamnya hanya waktu pagi sahaja. tengahari dan sebelah petang dia dah OK cuma nak menyembang tak habis-habis. cuti hatu hari semalam, aku mengemas rumah terutama mencuci kain sampai tak cukup ampaian. bila si kecil tu tidur, aku curi-curi masa membuka laptop kesayanganku untuk menyiapkan kertas kerja program sambutan maulidurrasul DMPKG yg diamanahkan kpdku. sempat aku print dan siapkan minit DMPKG yg lepas. juga aku sempat siapkan surat2 untuk mesyuarat agung DMPKG yg akan datang. alhamdulillah. berbaloi jugaklah cutiku ini...

mmm... kadang-kadang aku terfikir bagaimana aku nak membahagikan masaku sehari hari sebaik yang mungkin. ada masa untuk bersama suami, masa untuk anak-anak, masa untuk jemaah malah masa untuk diriku sendiri.. kadang2 aku terlupa yg aku perlukan masa untuk diri sendiri..

Ya Allah bantulah hambuMu ini untuk menjadi hamba yang terabik disisiMu... amin

Wednesday, March 3, 2010

Mutiara Kata

"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"

"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain"

Monday, March 1, 2010

renungan hari ini

Kita takkan mampu memuaskan hati semua orang kerana kita tidak diciptakan untuk memuaskan hati manusia tetapi tujuan penciptaan kita adalah untuk menjadi hamba kepada Allah Taala

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.