Friday, August 12, 2016

Dia tetap sahabat setiaku..

DIA tetap sahabat setiaku...

Hampir 13 tahun aku mengenalinya..
sehingga kini dia tetap setia bersamaku...
susah senang hidupku dia masih setia..
sayangku padanya seperti dia anakku
usianya semakin lanjut namun tetap disampingku
terlalu banyak khidmatnya padaku...


tidak sedikit orang bertanya tentangmu
aku tetap menyatakan aku tidak rela berpisah denganmu
biarlah kita tetap bersama


DAR3180
Dikau bukan hanya sekadar kereta
malah Kau kuanggap sahabatku..
banyak kenangan manis bersamamu
percayalah... sehingga kini aku masih setia bersamamu...


sahabatmu...
suhaida
18 jun 2004 sehingga......

Monday, April 4, 2016

kerja dan sibuk...motivasi diri

Image result for busy
minggu ini adalah minggu yang agak kritikal.
 minggu ini silibus untuk guru-guru KAFA perlu disiapkan.
minggu ini juga ditargetkan soalan amali peperiksaan STM1303 dapat disiapkan agar minggu depan boleh pula difokuskan bagi soalan amali STM2303.

nama dan dokumen2 yang berkaitan dgn pencalonan Pensyarah SME juga perlu disediakan...

dalam masa yang sama preparation kelas perlu dibuat terutama kelas yang melebih 2 jam...

kerja oh kerja... memang tak pernah nak habis
Image result for busy quotes
Image result for busy quotes


Image result for busy quotes


Senarai buku-buku haraqi yang tengah dikumpulkan

Image result for book
1. Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
2. Jalan Dakwah - Di antara Keaslian dan Penyelewengan (Mustaffa Masyhur)
3. Jalan Dakwah - Di antara Pimpinan dan Tentera (Mustaffa Masyhur)
4. Bekalan Di Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
5. Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
6. Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah (Fathi Yakan)
7. Apa Erti Saya Menganut Islam (Fathi Yakan)
8. Perspektif Pendidikan – Syarah Risalah At-Ta’lim (Said Hawa)
9. Risalah At-Taklim (Hassan Al-Banna)
10. Amal Islami 2 (Syed Hawa)
11. Jamaah Islam: ‘Ulama’ Dan Peranannya’ (Mokhtar Senik)
12. Fiqh Al-Jamaie (Mokhtar Senik)
13. Isra’ Mikraj Dan Kaitannya Dengan Gerakan Islam Masa Kini (Harun Taib)
14. Berbilang-bilang Jamaah (Harun Taib)
15. Muslimat Dan Pembangunan Ummah (Harun Taib)
16. Akidah Dan Perjuangan (Fadhil Noor)
17. Usul 20 (Hassan Al-Banna)
18. Pra Syarat Kejayaan Harakah Islam
19. Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
20. Beberapa Peringatan Untuk Para Daie
21. Pembebasan Al Wala’ (Syed Hawa)Image result for book
22. Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah Dan Pendakwah (Fathi Yakan)
23. Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
24. Fiqh Kenegaraan (Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ABIM) atau dalam edisi lain Fiqh Daulah
Menurut Perspektif Islam (Maktabah Al-Qardhawi)
25. Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Yusuf Al-Qardhawi, ABIM)
26. Panduan Memahami Syariat Islam (Yusuf Al-Qardhawi, Pustaka Ilmi

Wednesday, March 30, 2016

Ia Bukan Milikku...



kerana kuih karipap... ia menjadi pemula kepada sesi muhasabahku pagi ini.. setiap pagi sambil memandu seorang diri ke tempat kerja, walaupun hanya mengambil masa kurang 10 minit, namun ia sudah cukup untuk aku menjadikan waktu itu waktu yg rutin untuk mengkoreksi diri dan kehidupan.

Kun Fayakun... benarlah firman Allah dalam kitabnya.
 seperti biasa aku akan membeli nasi lemak dan kuih muih bekal  untuk anak2 makan di rumah pengasuh. pagi ini dari kejauhan sudah kulihat gerai kakak yg menjual nasi dan kuih. ku perlahankan kereta dan parking betul2 di depan gerainya.

Wah!! kuih karipapnya masih ada walaupun dah tak banyak. antara kuihnya yang amat aku gemari.  aku sudah berangan menjamah karipapnya pada pagi ini.segera ku keluar dari kereta dan terus ke gerainya. dua tiga langkah sebelum sampai, sebuah motor betul-betul parking di depan gerainya. " karpap seringgit" tegasnya.

Image result for kuih karipapmataku terkebil-kebil, sememangnya tinggal seringgit jer pun. agak terasa seperti sesal dan sedikit nak marah. namun segera ku tersenyum.....

Alhamdulillah...
Allah beri pengajaran besar buatku pagi ini... peringatan akan kata-kata Allah...
Allah dah tentukan bahawa kuih karipap tu bukan rezekiku walaupun aku dah hampir sangat dah nak bayar.

mungkin hal itu kecil bagi kita. alahai  karipap jer pun. banyak lagi tempat lain. tetapi disebaliknya suatu peringatan buat kita yang sentiasa lupa bahawa kita ini makhluk yang hanya layak untuk merancang sahaja. kita lupa yang Allah telah menetap dan menyusun segalanya buat kita. dan kita perlu YAKIN bahawa apa jua yang telah disusun Allah itu adalah sebenarnya yang TERBAIK buat kita.


Wednesday, March 23, 2016

DMPKG

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Gerik

Tarikh : 27 Mac 2016

Moga beroleh barakah....

Tuesday, March 22, 2016

7 langkah bijak uruskan kewangan Anda

Image result for urus wang anda

1. Hapuskan Hutang Dan Tanggungan Terlebih Dahulu

Bahagian ini perlu dilangsaikan secepat mungkin! Jika tidak, anda akan merasa yang duit gaji anda masih banyak. Jika gaji anda tinggal sangat sedikit selepas melangsaikan sewa rumah, ‘loan’ kereta, bil, dan utiliti, mungkin sesuatu perlu dilakukan untuk ‘downgrade’ cara hidup anda.
Antara contoh yang realistik ialah mencari teman sebilik untuk berkongsi sewa, ataupun bertukar kepada kenderaan yang lebih jimat seperti motosikal dan kenderaan awam.

2. Disiplin Dalam Merancang Belanja Harian

Senarai barang adalah perkara yang perlu dibuat setiap kali sebelum keluar ke kedai atau pasaraya. Pastikan anda hanya membeli benda yang terdapat dalam senarai.
Selain itu, elakkan untuk ke kedai terlalu kerap kerana anda akan cenderung membeli barangan yang tidak perlu seperti snek dan minuman ringan.

3. Beli Barang Keperluan Secara Borong

Walaupun anda masih bujang, tidak bererti anda tidak boleh membeli barangan secara borong. Sasarkan benda yang tidak cepat rosak dan selalu dipakai. Contohnya, sabun pencuci baju, tisu tandas, dan makanan mentah yang dipek seperti susu, mi segera, snek, dan gula.
Seperkara lagi, anda boleh berpakat dengan rakan untuk membeli bersama supaya anda berdua mendapat harga yang lebih murah. Kalau pandai mengambil peluang, anda boleh juga menjalankan bisnes sambil membeli untuk diri sendiri!

4. Letak Duit Simpanan Dalam Balang (Yang Boleh Dilihat)

Eh, kenapa tak simpan dalam bank? Sebenarnya, teknik ini ada manfaatnya yang tersendiri. Apabila kita nampak wang yang diletak dalam balang tersebut, kita akan rasa lebih bersemangat untuk menambah tabungan.
Sebaliknya, apabila anda menggunakan wang tersebut, anda akan dapat ‘menyedari’ betapa cepatnya wang tersebut lesap! Jika disimpan di dalam bank, selalunya kita tidak perasan aliran wang yang keluar setiap hari. Walau apa pun, hati-hati menyimpan wang di rumah ya!

5. Bawa Bekal Ke Pejabat

Makan tengahari sebenarnya boleh meng’hangus’kan duit anda begitu sahaja. Apabila makan di luar, kita cenderung untuk membeli minuman manis serta kuih-muih yang bukan saja tidak menyihatkan, malah membazirkan wang.
Kalau makan seorang di pejabat bosan juga. Jadi, tidak ada salahnya untuk anda bergilir-gilir pada awalnya. Perlahan-lahan, cubalah ajak rakan-rakan membawa bekal ke pejabat supaya anda semua dapat berjimat!

6. Manfaatkan Teknologi

Apa gunanya aplikasi Whatsapp, Skype, Facebook, dan Telegram jika tidak digunakan sepenuhnya? Kurangkan perbelanjaan telefon anda dengan memanfaatkan teknologi tersebut.
Dengan teknologi, anda dapat membuat ‘survey’ melalui forum atau membandingkan harga sesuatu barangan tanpa perlu meninggalkan rumah. Teknologi turut memberi peluang tanpa batasan kepada semua pengguna membuat jual beli secara ‘online’. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak terlibat dengan sebarang transaksi yang mencurigakan.

7. Amalkan Sedekah

Secara logiknya, kita mesti akan nampak tanda negatif apabila kita ‘mengeluarkan’ wang untuk apa-apa tujuan. Tetapi, anggaplah sedekah ini sebagai suatu bentuk ‘pelaburan’ yang akan menggandakan simpanan anda. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Yang pasti, akan dapat merasa keberkatan harta kerana ia adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah.
Jangan berlengah lagi, yang penting perlu sentiasa disiplin dan berterusan. Cuba ‘reset’ semula aliran kewangan anda supaya matlamat menyimpan setiap bulan akan tercapai!

renungan..

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Monday, March 21, 2016

Jom Faham... konsep rezeki

Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. 

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari bersyukur kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

Konsep Rezeki Keempat 

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. 
"Man jadda, wa jadda" kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau disenaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala rezeki pemberianMu.

Kisah Baju Raya Anak Pemimpin Islam

Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).

Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini..." 
Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih...

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan.

Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)

Kerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut. 

Kerana tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut :

“Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya'Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..”

Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.

Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...

"Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab,

Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. 

Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? 

Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan الله ? 

Wassalam..”

Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.

Umar r.a menjawab : 

“Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”

Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan الله dan menderhakai kedua orang tuanya. 

Sesungguhnya aku berharap agar الله Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Begitulah sifat pemimpin yang kita idam-idamkan. 

BALA yang disedari dan yang tidak disedari

قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا".
Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah  apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" 

فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".!
Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!".

ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!
Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS".

إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟! 
Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari? 

بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} ..  وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21.

Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!

ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ? 

ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة .  ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي .. 
Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....

أي عقاب أكثر من هذا
Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini? 
ألا تحس بثقل الطاعات ؟
Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan? 

ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟
 Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya? 
 
ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟
Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat? 

ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟
Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular? 

أي عقاب أكثر من ذلك ..
Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua? 

ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!
Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!
Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!
Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .
Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : " ما كان محسوساً" في المال أو الولد أو الصحة .
Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

وأن أعظم عقاب "ما كان غير محسوس"في القلب" .
Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI"

فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك.
Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

teladan yang membuatkan diriku menangis...

Sebuah kisah benar yang terjadi pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.

Suatu hari Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya para sahabat sedang asyik berbincang sesuatu. Di kejauhan datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.

Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata,
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!" "Qishashlah pembunuh ayah kami sebagai had atas kejahatan pemuda ini!".
Umar segera bangkit dan berkata,
"Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka wahai anak muda?".
Pemuda lusuh itu menunduk sesal dan berkata, "Benar, wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", tegas Umar.

Pemuda lusuh itu mula bercerita,
"Aku datang dari pedalaman yang jauh, kaumku mengamanahkan aku untuk suatu urusan muammalah untuk ku selesaikan di kota ini. Sesampainya aku, ku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu ku tinggalkan dia. Apabila kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun milik laki-laki tua itu. Sungguh, aku sangat marah, segera ku cabut pedangku dan ku bunuh ia. Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.
"Tegakkanlah had Allah atasnya!" timpal yang lain.
Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda lusuh.
"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini pemuda soleh lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian karena khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.
"Izinkan aku, meminta kalian berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat atas kematian ayahmu", lanjut Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," sergah kedua pemuda masih dengan mata marah menyala, "kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika jiwa belum dibalas dengan jiwa".
Umar semakin bimbang, di hatinya telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur dan bertanggung jawab.

Tiba-tiba si pemuda lusuh berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qishash ke atas ku. Aku redha dengan ketentuan Allah" ujarnya dengan tegas.
"Namun, izinkan aku menyelesaikan dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk di qishash".

"Mana bisa begitu?", ujar kedua pemuda.
"Nak, tak punyakah kau kerabat atau kenalan untuk mengurus urusanmu?" tanya Umar.
"Sayangnya tidak ada Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?" pemuda lusuh bertanya kembali.
"Baik, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada yang mahu menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati janji." kata Umar.
"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah lah penjaminku wahai orang-orang beriman", rajuknya.

Tiba-tiba dari belakang hadirin terdengar suara lantang, "Jadikan aku penjaminnya wahai Amirul Mukminin".
Ternyata Salman Al-Farisi yang berkata...
"Salman?" herdik Umar marah, "Kau belum mengenal pemuda ini,
Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini".
"Perkenalanku dengannya sama dengan perkenalanmu dengannya, ya Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman tenang.
Akhirnya dengan berat hati Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh.

Pemuda itu pun pergi mengurus urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitupun hari kedua.
Orang-orang mula bertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali. Kerana mudah saja jika si pemuda itu menghilang ke negeri yang jauh.
Hari ketiga pun tiba. Orang-orang mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhuatirkan nasib Salman. Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling utama.
Matahari hampir terbenam, siang mula berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menunjukkan kegelisahannya. Kedua pemuda yang menjadi penggugat kecewa kerana keingkaran janji si pemuda lusuh.
Akhirnya tiba waktunya penqishashan, Salman dengan tenang dan penuh ketawakkalan berjalan menuju tempat pembunuhan. Hadirin mulai teresak, orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada sesusuk bayangan berlari terhuyung-hayang, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit kembali.
"Itu dia!" teriak Umar, "Dia datang menepati janjinya!".
Dengan tubuh bersimbah peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu berpaut di pangkuan Umar.
"Hh..hh.. maafkan.. maafkan.. aku.." ujarnya dengan susah payah, "Tak ku sangka.. urusan kaumku.. mengambil.. banyak.. waktu..".
"Ku pacu.. tungganganku.. tanpa henti, hingga.. ia keletihan di gurun.. terpaksa.. kutinggalkan.. lalu aku berlari dari sana..".

"Demi Allah", ujar Umar menenanginya dan memberinya minum, "Mengapa kau susah payah kembali? Padahal kau boleh saja kabur dan menghilang?"
"Agar.. jangan sampai ada yang mengatakan.. di kalangan Muslimin.. tak ada lagi pahlawan.. tepati janji.." jawab si pemuda lusuh sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan haru, lalu ia bertanya, "Lalu kau Salman, mengapa semahu-mahunya kau menjamin orang yang baru saja kau kenal?".
 "Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya", Salman menjawab dengan mantap.
Hadirin mulai banyak yang menahan tangis haru dengan kejadian itu.
"Allahu Akbar!" tiba-tiba kedua pemuda penggugat berteriak,
"Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahwa kami telah memaafkan saudara kami itu".
Semua orang tersentak kaget.
"Kalian.." ujar Umar, "Apa maksudnya ini? Mengapa kalian..?" Umar semakin terharu.
"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya" ujar kedua pemuda membahana.
"Allahu Akbar!" teriak hadirin.
Pecahlah tangis bahagia, haru dan bangga oleh semua orang.
Begitupun kita disini, di saat ini..
sambil menyisipkan sekelumit rasa iri hati kerana tidak boleh merasakannya secara langsung bersama saudara-saudara kita pada saat itu..

"Allahu Akbar...".
Laa ilaa ha illa anta
Subhaanaka innii kuntu minaz zhaalimiin.

Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita ini.
Inilah inspirasi pagi ini yang ku kongsi dari temanku sesama Muslim.....

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.