Tuesday, November 22, 2011

Kelebihan Muharram

Bacalah untuk tambah ilmu dan amal insyaAllah.
Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam : Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam : Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku ;
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan..
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signsYou put in my way
I walked everyday
further and further away from you
O Allah, you brought me home
I thank you with every breath I takeالحمد لله
All praises to Allah
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from youالحمد لله
All praises to Allah
Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me homeالحمد لله
All praises to Allahالحمد لله

Monday, November 21, 2011

Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. * Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya. * Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Harum Mewangi

Tinggalkan perbuatan haram dan seseorang itu akan mendapat pahala dan ganjaran setimpal daripada Allah swt. Seorang pemuda penjual kain merupakan salah seorang yang telah menerima ganjaran daripada perbuatannya meninggalkan perbuatan haram.

Pemuda tampan itu menjual kain dari rumah ke rumah. Pada suatu hari, seorang wanita memanggilnya dan menyuruh masuk kerumah nya, kononnya akan memudahkan wanita itu memilih kain yang mahu dibeli. Bagaimanapun, wanita itu jatuh hati kepada ketampanan pemuda tersebut. Beliau memujuk rayu dan menggoda pemuda itu agar mencumbuinya dan kemudian melakukan zina.
Sedar bahawa wanita itu mengikutkan hawa nafsu dan kerana terlalu takut dengan azab Allah, pemuda itu menolak permintaan wanita itu. "kalau kau tak mahu penuhi permintaan ku, aku akan menjerit dan akan memberitahu orang ramai bahawa kau merenggut kesucianku. Mereka pasti percaya dengan cakap-cakap aku kerana kau berada dalam rumah ku", ancam wanita itu.Pemuda itu sangat bimbang dengan ancaman tersebut. "kalaulah wanita ini benar-benar menjerit, pasti aku difitnah dan mendapat malu besar," bisik hati pemuda itu. Untuk mengelakkan berlakunya ancaman wanita itu, pemuda kacak itu pun memberitahu bahawa beliau setuju melayani kehendak wanita tersebut.Bagaimanapun, sebelum itu, beliau meminta izin masuk ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya. Wanita itu sungguh gembira kerana dia yakin akan dapat memenuhi keinginan syahwatnya. Didalam bilik mandi, pemuda itu mencari akal. Beliau memohon kepada Allah agar memberinya petunjuk dan menyelamatkannya daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.Beliau cuba lari namun tingkap di bilik mandi itu tertutup rapat dan dimangga. Akhirnya pemuda itu mendapat akal. Walaupun berasa sangat geli melakukannya, pemuda itu tetapkan hati dan menyapu najis dan segala kotoran dalam bilik mandi itu ke seluruh tubuhnya dengan harapan apabila beliau keluar nanti, wanita itu akan berasa jijik terhadapnya."Ya Allah, kerana aku terlalu takut kepada Mu, aku lakukan ini agar aku selamat daripada wanita itu. Tetapi Tuhanku, kurniakanlah aku dengan kebaikan sebagai gantinya", doa pemuda itu.Setelah berdoa, pemuda itu keluar dari bilik mandi dan menemui wanita itu. Melihatkan seluruh tubuhnya dilumuri najis dan berbau sangat busuk, wanita itu hampir muntah dan berasa sangat marah. Pemuda itu dihalaunya keluar dari rumahnya. Apabila diusir, pemuda itu secepat kilat keluar dan berasa sangat lega. Dan sebagaimana doanya, Allah mengabulkan permintaannya dengan memberikan ganjaran setimpal keatasnya. Anugerah Allah itu berupa bau wangi yang sangat mengasyikkan yang melekat pada tubuhnya hingga beliau meninggal dunia. Sesiapa saja dapat menghidu bau wangi tubuhnya dari jarak berapa meter jauhnya hingga beliau digelar 'Al-Misky' yang ber maksud harum.
Apabila beliau meninggal, pada batu nisannya dituliskan "Inilah pusara Al-Misky"

Mukmin Yang Hebat



SESUNGGUHNYA kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya.Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah bermaksud: “Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.”Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.” Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah: “Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais: “Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf.” (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: “Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin.”Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya’bi) lalu beliau menjawab: “Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga bisa mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah.”Ibnu Qayyim Al-Jauzi pernah berkata: “Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.”Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang.



Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): “Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda: “Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali).” (Hadis riwayat Bukhari).Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.Baginda pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku sedang marah.” (Hadis riwayat Nasai’)Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah. Jabir bin Abullah berkata: “Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab: “Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah.” (Hadis riwayat Muslim)Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Kembali kepada Fitrah...

alhamdulillah, Allah melapangkan sedikit masa yang ada untuk mencoretkan sedikit kata-kata agar ia menjadi iktibar buat diri.. sudah lama blog ini tidak dikemaskini lantaran kesibukan yanag kadang-kadang membuatkan diriku berfikir... Ya Allah, adakah kesibukkan ku selama ini dinilai disisiMU?

Aku cuba merenung kata-kata ulama... seorang manusia yang seimbang akan membahagikan masa 24 jamnya untuk Allah, Masyarakat, keluarga malah untuk dirinya sendirinya.

Aku cuba mengatur masaku... agar ada di celah-celah masa tersebut untukku bertaffakur dan bertadabbur membaca ayat-ayatMu...

Ya Allah permudahkanlah urusanku ini... kembalikanlah aku kepada fitrah yang sebenar

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.