Tuesday, November 22, 2011

Kelebihan Muharram

Bacalah untuk tambah ilmu dan amal insyaAllah.
Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam : Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam : Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku ;
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan..
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signsYou put in my way
I walked everyday
further and further away from you
O Allah, you brought me home
I thank you with every breath I takeالحمد لله
All praises to Allah
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from youالحمد لله
All praises to Allah
Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me homeالحمد لله
All praises to Allahالحمد لله

Monday, November 21, 2011

Khasiat Surah Al Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. * Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya. * Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Harum Mewangi

Tinggalkan perbuatan haram dan seseorang itu akan mendapat pahala dan ganjaran setimpal daripada Allah swt. Seorang pemuda penjual kain merupakan salah seorang yang telah menerima ganjaran daripada perbuatannya meninggalkan perbuatan haram.

Pemuda tampan itu menjual kain dari rumah ke rumah. Pada suatu hari, seorang wanita memanggilnya dan menyuruh masuk kerumah nya, kononnya akan memudahkan wanita itu memilih kain yang mahu dibeli. Bagaimanapun, wanita itu jatuh hati kepada ketampanan pemuda tersebut. Beliau memujuk rayu dan menggoda pemuda itu agar mencumbuinya dan kemudian melakukan zina.
Sedar bahawa wanita itu mengikutkan hawa nafsu dan kerana terlalu takut dengan azab Allah, pemuda itu menolak permintaan wanita itu. "kalau kau tak mahu penuhi permintaan ku, aku akan menjerit dan akan memberitahu orang ramai bahawa kau merenggut kesucianku. Mereka pasti percaya dengan cakap-cakap aku kerana kau berada dalam rumah ku", ancam wanita itu.Pemuda itu sangat bimbang dengan ancaman tersebut. "kalaulah wanita ini benar-benar menjerit, pasti aku difitnah dan mendapat malu besar," bisik hati pemuda itu. Untuk mengelakkan berlakunya ancaman wanita itu, pemuda kacak itu pun memberitahu bahawa beliau setuju melayani kehendak wanita tersebut.Bagaimanapun, sebelum itu, beliau meminta izin masuk ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya. Wanita itu sungguh gembira kerana dia yakin akan dapat memenuhi keinginan syahwatnya. Didalam bilik mandi, pemuda itu mencari akal. Beliau memohon kepada Allah agar memberinya petunjuk dan menyelamatkannya daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.Beliau cuba lari namun tingkap di bilik mandi itu tertutup rapat dan dimangga. Akhirnya pemuda itu mendapat akal. Walaupun berasa sangat geli melakukannya, pemuda itu tetapkan hati dan menyapu najis dan segala kotoran dalam bilik mandi itu ke seluruh tubuhnya dengan harapan apabila beliau keluar nanti, wanita itu akan berasa jijik terhadapnya."Ya Allah, kerana aku terlalu takut kepada Mu, aku lakukan ini agar aku selamat daripada wanita itu. Tetapi Tuhanku, kurniakanlah aku dengan kebaikan sebagai gantinya", doa pemuda itu.Setelah berdoa, pemuda itu keluar dari bilik mandi dan menemui wanita itu. Melihatkan seluruh tubuhnya dilumuri najis dan berbau sangat busuk, wanita itu hampir muntah dan berasa sangat marah. Pemuda itu dihalaunya keluar dari rumahnya. Apabila diusir, pemuda itu secepat kilat keluar dan berasa sangat lega. Dan sebagaimana doanya, Allah mengabulkan permintaannya dengan memberikan ganjaran setimpal keatasnya. Anugerah Allah itu berupa bau wangi yang sangat mengasyikkan yang melekat pada tubuhnya hingga beliau meninggal dunia. Sesiapa saja dapat menghidu bau wangi tubuhnya dari jarak berapa meter jauhnya hingga beliau digelar 'Al-Misky' yang ber maksud harum.
Apabila beliau meninggal, pada batu nisannya dituliskan "Inilah pusara Al-Misky"

Mukmin Yang Hebat



SESUNGGUHNYA kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya.Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah bermaksud: “Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.”Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.” Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah: “Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais: “Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf.” (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: “Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin.”Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya’bi) lalu beliau menjawab: “Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga bisa mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah.”Ibnu Qayyim Al-Jauzi pernah berkata: “Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.”Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang.



Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): “Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda: “Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali).” (Hadis riwayat Bukhari).Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.Baginda pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku sedang marah.” (Hadis riwayat Nasai’)Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah. Jabir bin Abullah berkata: “Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab: “Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah.” (Hadis riwayat Muslim)Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Kembali kepada Fitrah...

alhamdulillah, Allah melapangkan sedikit masa yang ada untuk mencoretkan sedikit kata-kata agar ia menjadi iktibar buat diri.. sudah lama blog ini tidak dikemaskini lantaran kesibukan yanag kadang-kadang membuatkan diriku berfikir... Ya Allah, adakah kesibukkan ku selama ini dinilai disisiMU?

Aku cuba merenung kata-kata ulama... seorang manusia yang seimbang akan membahagikan masa 24 jamnya untuk Allah, Masyarakat, keluarga malah untuk dirinya sendirinya.

Aku cuba mengatur masaku... agar ada di celah-celah masa tersebut untukku bertaffakur dan bertadabbur membaca ayat-ayatMu...

Ya Allah permudahkanlah urusanku ini... kembalikanlah aku kepada fitrah yang sebenar

Thursday, October 20, 2011

BAGAIMANA MENGURUS KELUHAN MENJADI SYUKUR & IKHLAS?

Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.
Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan rahmat Allah, manakala kepada majikan jika gaji kecil kita mempersoalkan reputasi syarikatnya. Jika anak-anak nakal dan bermasalah ada juga yang menyalahkan isteri sebagai tidak pandai mendidik dan sebagainya. Kita juga kecewa dan kesal apabila h/p tidak terjawab atau berbalas.Itulah sebahagian contoh kecil yang merupakan sebuah manifestasi dari perasaan tidak puas yang akhirnya membuahkan keluhan. Fenomena di negara yang kita cintai ini juga melalui denai ketidak-puasan hati di mana-mana akibat penyalahgunaan kekuasaan, korupsi-kolusi dan nepotisme dan banyak lagi kriminal politik yang semuanya menunjukkan pada satu hal : ketidakpuasan! Sebuah potret masyarakat yang diwarnai dengan berbagai keluhan.Allah Taala menyukai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan dan bersabar ketika ditimpa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan. Masalahnya apabila seseorang itu hanyut dalam keluhan, panca-inderanya pun tidak mampu memainkan fungsinya untuk melihat, mendengar, mencium dan merasakan nikmat yang bertebaran diberikan oleh Allah Taala. Hatinya serta merta buta dari mengingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tiada batas.Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih (Rujuk Surah Ibrahim ayat 7).Mengeluh Hanya Pada Allah TaalaKetika sebuah kejadian tidak diingini menimpa seseorang, menyakitkan hati, membuat kepala berdenyut-denyut dan menjadikan seseorang itu merasa diberi ujian yang sangat berat dan tidak sanggup mengatasinya sendiri, lalu benarkah tindakannya jika ia mengeluhkan masalahnya kepada orang lain?Rasulullah S.A.W pernah mengalami sebuah kondisi yang jauh dari yang beliau inginkan. Para kaum musyrikin mengabaikan seruannya. Dalam kondisi tertekan tersebut Rasulullah S.A.W mengeluh hanya kepada Allah Taala. seperti yang terkandung dalam Surah Al Furqon ayat 30, "Dan berkatalah Rasul (Muhammad), 'Ya Tuhanku! Kaumku ini sesungguhnya telah meninggalkan jauh Al Quran'. Begitu pula dengan Nabi Yaaqub dan Nabi Ayub, di mana Nabi Yaaqub berkata; Sesungguhnya aku mengeluh keadaanku dan kesedihanku hanya kepada Allah". (Surah Yusuf:86).Manakala Nabi Ayyub A.S yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya, ketika Nabi Ayyub berkata, "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau (Allah) adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (Surah Al Anbiya’:83).Sebaiknya, mengeluhlah hanya kepada Allah kerana sesungguhnya semua kejadian sudah menjadi sebuah ketentuanNya dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi solusi. Tetapi dalam kondisi-kondisi di mana seseorang mengeluh tentang masalahnya kepada orang yang diyakini amanah untuk mendapatkan penyelesaian, maka dalam hal ini sebahagian ulama memperbolehkan. Sebagaimana kata Ibnu Qayyim , dalam ‘Uddatu Ash Shabirin, "Menceritakan kepada orang lain tentang perihal keadaan, dengan maksud meminta bantuan petunjuknya atau pertolongan agar kesulitannya hilang, maka itu tidak merosak sikap sabar; Seperti orang sakit yang memberitahu kepada doktor tentang keluhannya, orang teraniaya yang bercerita kepada orang yang diharapkan dapat membelanya, dan orang yang ditimpa musibah yang menceritakan musibahnya kepada orang yang diharapkannya dapat membantunya".

PENYAKIT DI KALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.Masalah Disiplin Para AktivisDi antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan jamaaah. Ini berlaku apabila seseorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang menyanggahi peraturan-peraturan jamaah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada pimpinan jamaah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jamaah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.Masalah Kutlah/ Kelompok Yang Membawa Fitnah Dalam TanzimUntuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab musyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jamaah Islam.Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jamaah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka. Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jamaah Islam.Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jamaah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jamaah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jamaah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. Saidina Umar Al Khattab R.A pernah berkata, "Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan)". Manakala Imam Fudhail berkata, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya"."Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya".Sebenarnya bukanlah satu keaiban/ kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan.Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jamaah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

Friday, September 9, 2011

ujian Allah

Ya Allah... kebelakangan ini terasa benar banyaknya ujian yang Dikau turunkan pada kami... aku Yakin segalanya adalah untuk menguji kami akan ketaatan sebenar kami padaNya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.... amin

Monday, July 4, 2011

Demam Naik Pangkat

seminggu dua ini, kita semakin disibukkan dengan iklan kenaikan pangkat khususnya bagi gred DH41 ke DH44. macam2 pandangan, ulasan, komentar yang kita dengar... apa pandangan anda, suhaida...

Ya,.. saya akui, tempias demam tu terkena juga pada diri saya. alhamdulillah, saya tak demam. saya mengambil keputusan untuk sama-sama mencuba. kerana apa? bukan pangkat yang dikejar, bukan juga duit yang diutamakan. namun ada sebab lain yang mendorong untuk diri saya mengisi borang kenaikan pangkat. saya hanya memohon sekiranya kenaikan pangkat ini akan mendekatkan lagi diri pada Allah, rezeki yang diperolehi dapat membantu orang lain, menguatkan lagi semangat untuk mendidik anak2 pelajar... dan yang paling penting Allah redha, maka YA ALLAH, permudahkanlah urusan ini.

Namun, Ya Allah. Andai kenaikan pangkat ini akan membuatku lebih jauh dariMU, lalai, bongkak dan takkabur dengan pangkat yang akan diperolehi... maka hindarilah ia dariku.

Jangan kerana ingin memenuhi semua kreteria yang diminta, maka kita banyak berbohong dan mengada-adakan cerita. apa guna rezeki kita melimpah ruah tetapi tiada keberkatan dari Allah...

buat sahabatku (KKGP).. didoakan semua yang mohon dipermudahkan Allah untuk terus maju kedepan...

Friday, June 24, 2011

Ya Allah Dengarlah rintihanku...

Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu yang lemah ini...
HambaMu ini kerdil dan tidak punya sebarang kekuatan
hambaMu ini sentiasa melakukan kesalahan, kesilapan
hambaMu ini sentiasa turun naik imannya.
Ya Allah berikanlah kepada hambaMu kekuatan
kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah
kekuatan sebagai ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak
kekuatan sebagai sahabat kepada kawan-kawan sekeliling
kekuatan sebagai penggerak dalam jemaah Islamiyyah
amin-amin-amin

Friday, May 20, 2011

sibuk...sibuk

agak lama tidak menghantar apa-apa post kebelakangan ini. sibuk dengan bermacam tugasan.. masa sentiasa menghambat diri bagai terkejar-kejar. namun aku harus menyusun waktu sebaik mungkin agar kehidupan seharian sempurna baik aku bagai isteri, ibu, pekerja malah yang lebih penting diri sebagai hamba Allah Taala...

Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini menjalani kehidupan seharian dlm melayan pelbagai karenah diri, suami, anak2 dan masyarakat. jadikanlah hambaMu ini insan yang sabar... amin

Wednesday, May 4, 2011

Hanya kepadaMu Diserahkan segalanya



Ya Allah Permudahkanlah segala urusan hambaMu


Ya Allah, sesibuk manapun hambaMu ini, namun janganlah dikau membuatkan diriku lupa untuk sentiasa bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat yang Dikau kurniakan kepadaku


Ya Allah permudahkanlah urusan memdidik anak-anak yang dikau amanahkan kepada Kami


Mereka adalah pinjaman semata-mata untuk kami. dan Dikau Berhak mengambilnya. Ya Allah kurniakan kasih sayangMu kepada kami agar dapat kami menyalurkan rasa kasih dan sayang ini kepada anak-anak kami.


Ya Allah kuserahkan segala urusanku kepadaMu...


Thursday, April 28, 2011

Lena Keletihan

Semalam aku ada usrah Muslimat Kawasan. Seperti biasa sebaik sahaja balik dari kerja, anak2 kami mandi dan beri makan malam seawal jam 6.30 petang. tepat jam 7 malam kami bertolak ke tempat usrah iaitu kali ini dibuat di PASTI al Maarif (PASTI Kak Long).memang sudah dijangka, aku kelewatan setengah jam kerana usrah sudah bermula dengan perbincangan tentang topik pertama. seperti biasa anak-anakku , aku biarkan mereka bermain agar tidak mengganggu. Baihaqi paling mudah kali ini, tidak banyak karenahnya. lebih kurang 1/2 jam kemudian dia lena tanpa dibelai. kesian... tapi itulah perjuangan.

usrah berakhir jam 9.30 malam. abinya cepat2 menghantar kami balik kerana terpaksa menghadiri mesyuarat PASTI kawasan di tempat yang sama. alhamdulillah anak2 tak banyak karenah. susu kusiapkan sebotol seorang, diminum habis dan terus terlena...Tinggallah si Baihaqi yang masih dok tersenyum dan menyembang dengan uminya yang hampir2 tertutup mata kerana keletihan... tidurlah sayang..

Tuesday, April 5, 2011

terkunci di dalam rumah



pagi ni aku benar-benar kelam kabut. gara-gara kunci kereta 'hilang' tidak dijumpai. aku dan anak-anak terkunci di dalam rumah sendiri.. mcmane boleh jadi ni?

seperti biasa suamiku terlebih dahulu keluar dengan kaklong ke PASTI dan terus ke sekolahnya. dan seperti biasa suamiku akan mengunci grill untuk mengelak anak-anakku yang lain mengikutnya keluar. nak dijadikan cerita, aku tak jumpa cari kunci rumah yang diletakkan sekali dengan kunci kereta. apa lagi seluruh rumah aku tawaf dek gara-gara mencari kunci tersebut. ahhhh... mmg tak jumpa, aku dah letih mencari... masa terus berjalan lagi 15 minit nak pukul 8.00. nak tak nak aku kena telefon suamiku, tanya kat mane dia letakkan kunci spare rumah. ..


ahh.. mcmane nak telefon, nombor hset baru suamiku aku tak hafal lagi. handset aku pulak dok dalam kereta. mananer nak telefon dia...


aku blur sekejap. dalam fikiranku, aku mungkin terpaksa ambil cuti rehat hari ini..

ohhh... baru teringat kat abe Din, jiran belakang rumahku. mungkin dia ada nombor suamiku.. 1411.. nombor rumahnya yang masih aku ingat tak kala aku bertanya pada isterinya, kak ton suatu ketika dulu... ingat je 1411... kata kak ton.. aku terus dail nombornya 7911411.. alhamdulillah betul dan aku terus menghubungi suamiku. akhirnya dapat jugak aku keluar dari rumah, dan kunci kereta sudah kujumpai... kat mane? dalam kereta. hehehe


apalagi, gelabahlah aku memandu kereta di samping si kecil baihaqi merengek dan menangis nakkan susu. aku biarkan dia menangis sampai ke rumah pengasuh.. ketika iitu, jam sudah menunjukan pukul 7.57 pagi. lagi 3 minit nak kul 8.00. mmg sah... aku akan lambat.. so, alang2 lambat biar lambat terus. rasanya bertahun-tahun bekerja, aku tak pernah lewat. hari ni, lewat 2 minit. terasa macam bersalah pulak. hehe... nak marah pun ade, nak gelak pun ade...

Sunday, April 3, 2011

Pegaga dan Khasiatnya

dua tiga hari yang lepas termasuk hari ini, aku menjadikan pegaga sebagai ulam dalam makananku. sememangnya aku suka dengan daun pegaga ini. dikatakan ia baik untuk wanita lepas bersalin... so, aku cuba search khasiatsebenar daun pegaga. jom kita kongsi bersama

Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit di antaranya ialah kencinng manis, kecutkan peranakan,
mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a) Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. se
telah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau
lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan
dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Caranya

Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan
sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap m
alam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

Jus pegaga
Pernah cuba? sedap!!!

Friday, April 1, 2011

Tembikai

Tembikai adalah buah yang baik untuk membersihkan mulut, mendatangkan rahmat kepada jantung dan memutihkan gigi.

Ibnu Abbas berkata : “makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan. Ianya makanan, minuman, peransang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit.

Suatu hari telah dihadiahkan kepada Rasulullah saw buah tembikai Taif. Baginda saw menciumnya seraya bersabda “makanlah ini dengan gigi kamu kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Justeru rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga”

Baginda juga pernah bersabda : “Allah merahmati orang yang memberi makan kita dengan buah tembikai”

Pemakaian Muslimah

Pakaian dan trend masa kini

“Ishh...nipis ni baju awak ni, Sampai nampak yang dalam tu..”

“Siti, cantiknya tudung awak, tentu mahal kan. Tapi maaf le, nak bagitau skit, tudung awak singkat sangat, atas dada”

“Lili, awak ni dah le kulit putih, pakai pulak kain belah, abis le nampak betis awak tu...ishhh”

Itulah antara teguran saya kepada para pelajar di KKGP. Kadang-kadang saya sajer tepuk-tepuk bahunya sambil tegur dalam keadaan santai. Apalagi tersenyum dan tersengih-sengih le bebudak ni. Kebanyakan pelajar-pelajar sememangnya tak berani nak pakai pakaian yang agak nipis dan ketat bila masuk ke kelas saya. Barangkali takut atau malu atau segan atau???

Ada yang pakai baju kurung tapi kainnya nipis le pulak

Ada yang pakai baju kebaya, terlebih ketat pulak

Yang pakai longgar-longgar, terlebih jarang

Pandangan sebegini benar-benar membuat hati saya resah dan kadang-kadang terasa amat-amat sedih. Bila bersendirian merenungkan apa yang telah saya lakukan untuk membantu anak-anak didik di KKGP ini selain mengajar, saya merasakan saya masih tidak melakukan tanggungjawab yang sebenarnya iaitu tanggungjawab sebagai saudara seagama. Menyayangi anak-anak KKGP dan seluruh warga KKGP sebagai seagama dalam ertikata menegur apa yang patut ditegur, menasihati apa yang patut dinasihat. Ya Allah terasa takutnya diri nak menghadapMu kelak... apa yang akanku katakan padaMu nanti? Mampukah aku memberi pelbagai alasan

“ Ya Allah, Aku tak mampu” sedangkan Allah akan katakan yang aku belum melakukannya. Lalu bagimana boleh kukatakan sedemikian

“Ya Allah, aku takde masa. Terlalu banyak urusan kerja yang perlu aku lakukan” lalu Allah akan bertanya urusan apakah lagi yang lebih besar selain urusan mencari redhaKu.

Ahh... pastinya saya tiada alasan untuk mengelaknya.

Warna-warna kehidupanku


Keceriaan anak-anak suatu ketenangan buat si ibu yang kepenatan

Tuesday, March 29, 2011

umi nyanyilah lagi

Rutin 5 hari setiap minggu, anak-anakku akan ku bawa untuk dihantar kepada pengasuh. Kak Ngah, Abg 'Atiqullah dan baby Baihaqi. Kak Long pergi ke PASTI dengan abinya.

Seperti biasa baby Baihaqi akan kususui sekenyang yang mungkin sehingga terlena supaya mudah aku nak drive nanti. jika tak... pasti suara menangisnya yang menjadi alunan merdu sepanjang perjalanan kami ke rumah pengasuh. ditambah pula dengan suara kak Ngah yang memujuk adiknya : abar le. umi bawak keto tu (sabarlah ummi bawa kereta tu)..

Subhanalazi sakharalana haza wakunna lahu mukrini. wa inna ila rabbina lamunkholibun
kumulakan memandu kereta. saja kukuatkan doa ini agar, anak-anak mengikutnya. Abg 'Atiqullah seperti biasa berdiri di seatnya sebagai pembantu pemandu kepada umminya. Baihaqi baru je lena diulit mimpi setelah kenyang. terlentuk kepalanya sehingga pipi gebu dan bulatnya itu terkena dinding seatnya. comel sekali... aku mula menyanyikan lagi zikir ..

Tuhanku aku tidak layak masuk syurgaMu, namun tak upaya ke nerakaMu. oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku... sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar"...

Kak Ngah mula mengikutnya.. pelatnya sampai aku nak tergelak. aku berhenti berzikir gara2 dok meninjau gerai kakak yg selalu kusinggah untuk membeli kuih anak. ahh... dah 2 hari tak bukak. semalam pun tutup, hari ini tutup jugak.

"Ummi!! nyanyilah lagi" suara kakngah kedengaran.

Muffin vanila

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.

Monday, March 28, 2011

Bacalah Surah Taa’haa dari ayat 1-6 dan juga surah Al-Hajj ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan. [1] Taa’ Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi

Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:

"Enam perkara yang

dipandang asing di enam tempat, iaitu :

Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

Go to fullsize image

Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

Go to fullsize image

Seorang muslimat

yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan

kerja oh kerja

Go to fullsize image

dah lama tak menulis catatan hidupku sendiri. banyak post yang dihantar adalah berkaitan dengan resepi dan artikel yang dipetik dari blog atau website orang lain. sememangnya aku masih belum boleh menyesuaikan diri untuk membahagikan masa dengan baik. dengan kehadiran cahayamata baru ini, aku masih menyusun jadual dan masa agar perjalanan hidup seharian dapat dilalui sesempurna yang mungkin.

jadual dan aktiviti harian masih diperingkat cubaan. tambahan lagi aktiviti memerah susu untuk si anak kecil perlu kusesuaikan dengan masa free di tempat kerja.
Go to fullsize image
Seboleh mungkin aku cuba meluangkan masa untuk anak-anak kecilku yang amat-amat memerlukan perhatian. sesekali terlintas di fikiranku untuk berhenti berja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan suami. tapi, mungkin ekonomi kami buat masa ini memerlukan aku untuk membantu suami. insya Allah, bayaran ansuran kereta 2 tahun lagi. jadi beban itu agak kurang sedikit.... aku sedang mencari-cari suatu bentuk perniagaan yang boleh aku buat sekiranya aku betul-betul berhenti kerja. iya... kerja apa ye?

Pasangan Ideal

Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang. "Besok saya bakal menikah, Mulla," kata temannya dengan nada gembira. "Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Mulla pernah berfikir untuk menikah?" tanyanya. Nasruddin tersenyum dan berkata, "Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya." Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia. "Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjuangkan keagamaan." Tanya temannya, "Mulla seterusny
a pergi ke mana?" Nasruddin kembali tersenyum "Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

"Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna." "Habis, kenapa Mulla tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?" Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas, " Itulah, dia juga mencari suami sempurna."

Kek Coklat

Bahan-bahan ( makan ramai-ramai )

* 2 Cawan tepung gandum
* 2 Cawan gula halus
* 1 Cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil bircabonat soda
* 1 Biji mentega (250gm)
* 4 biji telur
* 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* Topping (Coklat masak ,1 sudu mentega dan ½ cawan susu coklat

Cara-cara

1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
4. Bubuh esen vanilla.
5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
6. Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
7. Bakar 180ºc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.
8. Untuk Topping :- 1) Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk..masak secara double boil. 2) Setelah cair masak di atas api pelahan.. biarkan sejuk sikit dan dah boleh hias atas kek.

Saturday, March 26, 2011

Petua melicinkan kulit muka

Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk memiliki kulit yang licin dan mulus. Antaranya ialah:

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Thursday, March 24, 2011

Eggless Chocolate Cake

Eggless Chocolate Cake II
oleh Ginger P di allrecipes.

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Kek Span

Kek Span

Go to fullsize image
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA
http://resipinoraini.blogspot.com/2007/12/membuat-kek-span.html

Bahan-bahan :
125 gm gula kastor
10 gm ovalette
4 biji telur
120 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 gm air
60 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

1. Satukan gula, ovalette,telur , tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.(Guna mixer Kenwood Chef)
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
4. Sediakan acuan bulat 8 inci . Lapik kertas serap minyak .(Tak perlu digriskan)
5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
6. Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai selama 10 minit agar permukaannya tidak mendap.
7. Terbalikkan semula kepada asal. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek.Sejukkan.

Muffin Coklat kukus


Bahan-bahan
Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla
Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, March 23, 2011

Petua Kempiskan Perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS…sekiranya buncit ada anak….mintak maaflah…

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam



Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud : ?Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.?

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.

F pertama ialah filem


Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ?Akhirat?, ?Gubra?, ?Mukhsin?, ?Sepet?, ?Anak Halal?, ?KL Menjerit? dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah famili


Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun

F kelima ialah foodTindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Friday, March 18, 2011

Mufin Coklat

tetiba je terfikir nak buat mufin.. iyalah kat rumah sekarang ni, anak-anak suka makan.jadi kalau ade benda/ makanan ringan macam mufin kan bagus sikit. lebih dari dari makan benda2 merapu yang lain. aku cuba cari beberapa resepi mufin. haa... inilah resepi pertama yang aku dapat.

mufin coklat

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Cara1
    Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
    Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
    Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
    Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
    Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
    Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
    Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

menarik kan.... jom kita cuba buat...

Sunday, March 13, 2011

Kenyataan Rasmi : KETUA WANITA UMNO MASIH MAINKAN LAGU LAMA YANG AMAT MELUCUKAN

Kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Malaysiakini mengenai isu pembangunan di kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat amat melucukan. Beliau masih lagi memainkan lagu lama pembangunan sedangkan rakyat kini terutamanya di bandar-bandar dan pinggir-pinggir bandar telah maju mendepani alam siber. Senario yang digambarkan beliau seolah-olah rakyat di Kepong dimana BN telah ditolak oleh rakyat berada di sebuah Republik yang tidak ada kaitan dengan Persekutuan Malaysia.

Katanya rakyat di kawasan-kawasan tersebut perlu diberi kesedaran bahawa BN sajalah yang membawa pembangunan. Beliau mengutarakan kenyataan tersebut selepas menghadiri Karnival Jalinan Rakyat yang dianjurkan oleh Wanita BN Kepong di Putrajaya kelmarin. Beliau lupa bagaimana pula dengan pembangunan di Kerdau yang dikuasai BN sejak lebih 50 tahun terutamanya pekan Kerdau yang terpinggir dan dilihat masih berada di dalam “zaman Jepun” pada era sebelum merdeka.

Sebenarnya adalah semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan pusat yang memerintah menjalankan program-program pembangunan kepada semua rakyat di mana jua mereka berada termasuk di kawasan-kawasan pembangkang mengikut keperluannya. Juga pembangunan telah dan sedang rancak dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta dimana-mana kawasan yang berpotensi termasuk di kawasan pembangkang.

Ditulis oleh Nuridah Mohd Salleh

Saturday, March 5, 2011

Susu dan Peti Ais

Hari ini termasuk hari-hari sebelumnya aku pulun memerah susu untuk disimpan dan digunakan oleh baby Baihaqi apabila aku bekerja nanti.. aku cuba sedaya yang mungkin , agar ia dapat membantuku agar tidak terlalu kepenatan untuk mengumpulnya setelah mula bekerja.

Ini adalah peti sejukku yang aku beli khusus untuk simpanan susu. ia adalah peti sejuk beku yang mempunyai 4 laci. amat cantik dan aku sangat sayangkan peti ini. Actually peti ini dibeli oleh sahabat karibku, Nurainah Abu Bakar kat Penang. Thanks Ainah

Alhamdulillah setakat ni aku dah dapat kumpulkan 32 bekas susu untuk Baihaqi. insya Allah ada 10 hari lagi sebelum masuk kerja.. akan akan teruskan rutinan ini. Ya Allah permudahkanllah urusan hambaMu ini

Tuesday, March 1, 2011

Khasiat Roselle


Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat


Khasiat:


- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.


- Memperlancar peredaran darah.


- Mengubati luka luar dan dalam.


- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.


- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)


- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.


- Mempunyai efek anti kejang otot.


- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.


- Membunuh bakteria penyebab TBC.


- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan


- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.


- Mencegah penyakit jantung.


- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.


- Mengubati asma dan alergi.


- Mengubati insomnia.


- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.


- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.


- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.


- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh


- Menyihatkan mata


- Menyeimbangkan berat badan.


- Mengurangi panas dalam .


- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.


- Mengubati pening kepala/migraine.


- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.


- Menghilangkan sakit sakit di badan.


- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA


- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.


- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.


- Mengatasi masalah stress/tekanan.


Kandungan Rozel:


Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


Dipetik dari web HPA

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.