Tuesday, December 1, 2015

lamanya terhenti

Sudah lama tidak mengupdate blog. banya ikon-ikon baru yang menyebabkan agar sukar nak buka balik dashboard blog ini. Allah... begitulah manusia di akhir zaman... semakin sibuk, semakin sibuk dan semakin sibuk... Ya Allah permudahkan urusanku ini

Thursday, April 30, 2015

Asbabun Nuzul

 Surah Al-Falaq & An-Naas

al falaq
1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,
2. dari kejahatan makhluk-Nya,
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul*,
5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.”

(Al-Falaq: 1-5)
*Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.
an naas
1. Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. raja manusia.
3. sembahan manusia.
4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.

(An-Naas: 1-6)
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab Dalaa-ilun Nubuwwah, dari al-Kalbi, dari Abu Shalih, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas, bahwa Rasulullah SAW pernah mengalami sakit parah. Maka datanglah kepada beliau dua malaikat, yang satu duduk sebelah kepala beliau dan satu lagi duduk sebelah kaki beliau. Berkatalah malaikat yang duduk di sebelah kaki beliau kepada malaikat yang duduk di sebelah kepala beliau: “Apa yang engkau lihat ?” Ia menjawab, “Beliau terkena guna-guna.” Ia bertanya lagi, “Apa guna-guna itu ?” Ia menjawab, “Guna-guna itu sihir.” Ia bertanya lagi, “Siapa yang membuat sihirnya ?” Ia menjawab, “Labid bin al-Asham al-Yahudi, yang sihirnya merupakan gulungan yang disimpan di dalam sumur keluarga si fulan di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkatlah batunya, kemudian amblillah gulungannya dan bakarlah.”
Pada pagi harinya Rasulullah SAW mengutus ‘Ammar bin Yasir dan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu, tampaklah airnya merah seperti air pacar. Air itu ditimbanya, diangkat batunya, serta dikeluarkan gulungannya serta gulungannya dibakar. Ternyata di dalam gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Kedua surat ini (al-Falaq dan an-Naas) diturunkan berkenaan dengan hal tersebut. Setia kali Rasulullah mengucapkan satu ayat, terbukalah simpulnya.
Dalam kitab Shahihul Bukhari terdapat syaaHid (penguat) yang ceritanya seperti itu, tapi tidak menyebutkan sebab turunnya kedua surat itu. Namun dalam riwayat lain ada syaHid (penguat) yang ceritanya seperti itu juga dan menyebutkan sebab turunnya kedua surat itu.
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam Kitab ad-Dalaa-il, dari Ja’far ar-Razi, dari Ar-Rabi’bin Anas, yang bersumber dari Anas bin Malik bahwa kaum Yahudi membuatkan makanan untuk Rasulullah saw. Setelah memakan makanan itu, tiba-tiba Rasulullah sakit keras, sehingga sahabat-sahabatnya mengira bahwa penyakit itu timbale akibat perbuatan Yahudi itu. Maka turunlah Jibril membawa dua surat ini. Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui shahabat-shahabatnya dalam keadaan sehat wal-afiat.
Sumber: “Asbabunnuzul, KHQ Shaleh dkk

Friday, April 17, 2015

tazkirah... murah rezeki

Surah At Taubah Ayat 128-129

Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..

fajridil.blogspot.com

Poster baik

Kadang-Kadang Kita Terlupa

 

Image result for islamic people1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi Image result for islamic people
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Dipetik dari : http://mr-tazkirah.blogspot.com/2007/09/kadang2-kita-terlupa.html

Biodata Nabi Muhammad SAW

Biodata Nabi Muhammad S.A.W : 

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Tahap Kesakitan


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Kalau mati nanti entahla berapa del yang akan kita rasa.

sama-samalah kita renungkan

Thursday, April 16, 2015

Tazkirah Hari ini

barangsiapa yang dunia itu sangat penting dalam hidupnya, maka Allah akan jadikan urusannya porak peranda. bahkan Allah akan jadikan kedua matanya kefakiran...
dia akan sentiasa merasa sentiasa tidak cukup.. walaupun bergaji besar, berpangkat tinggi.dia akan sentiasa merasakan tidak cukup...

barangsiapa yang akhirat itu menjadi niatnya segala apa yg diusahakan hanya semata-mata kerana redha Allah, maka Allah akan jadikan segala urusan baik dan Allah jadikan dia seorang yang kaya hati...qonaah.. rezeki akan sentiasa datang bergolek kepadanya
                                           
dunia akan menjadi mudah buatnya. dan Allah akan berikan rezeki kepada dari sumber yg tidak disangka2
                                               
petikan dari ceramah ust shamsuri

Tuesday, April 14, 2015



Rumusan mula berniaga

Saya rumuskan kat sini 3 perkara mudah untuk anda mula berniaga:
  1. Sediakan barang atau produk
  2. Pastikan ada orang sanggup beli
  3. Sediakan terma dan cara pembayaran
Image result for perniagaanBila dah ada kesemua itu, anda dah boleh mula berniaga. Samada bawa ke sana sini dan jual secara fizikal, atau duduk depan komputer dan buat pemasaran melalui media sosial.
Nampak mudah sangat pulak bila sebuat begitu bagaimana nak mula berniaga.. mudah bukan? dah kalau mudah, buat ler …!

Dipetik dari : http://hidupringkas.com/keusahawanan/dengan-3-perkara-ini-anda-dah-boleh-mula-berniaga/

Cara mudah jadi kaki baca buku

Baca buku bukannya aktiviti seronok bagi mereka yang tak suka membaca.
Sejak sekolah dulu perintah yang paling kita benci adalah suruhan baca buku. Rasa kembang telinga bila dengar suruhan baca buku.
Tabiat tersebut kita bawa sampai ke tua selepas tamatnya sekolah. Dan sampai sekarang ramai yang masih tak ubah sikap tak suka baca buku.
Tak pernah saya jumpa orang yang suka membaca tidak berjaya dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya mereka yang kaki membaca tak akan jadi peminta sedekah dan hidup mengharapkan belas kasihan orang.

Biasanya mereka yang suka membaca berfikiran luas, terbuka dan mempunyai banyak maklumat. Lebih-lebih lagi mereka yang mempelbagaikan buku bacannya.
Majoriti orang yang mula membuat perubahan positif dalam hidup mereka adalah mereka yang mula membaca buku motivasi.
Bukan sebab buku yang mereka baca itu bagus. Tapi sebabnya adalah kerana tidak ada orang yang akan membeli buku motivasi lalu membacanya melainkan orang itu sudah ada idea untuk berubah dan memajukan dirinya kepada keadaan yang lebih baik.
Buku yang dibacanya hanya sekadar mengambil kesempatan meningkatkan lagi semangat ingin berubahnya saja.
Ringkasnya tak ada benda tidak berfaedah yang akan berlaku jika kita jadi kaki membaca.
Tak ada orang yang akan berjaya baca tafsir Quran dari mula sampai habis melainkan dia seorang yang suka membaca.
Oleh itu jika kita mahu menjadi seorang muslim yang menjadikan Al-Quran sebagai buku bacaannya yang sering dibaca, terlebih dulu kita perlu menjadi kaki baca.
Berikut beberapa petua ringkas untuk jadi kaki baca:
  1. Buang sikap malu takut apa orang akan kata. Biasalah bila kita buat benda baru yang tak pernah kita buat tambahan pulak benda tu kerja yang mulia, kita akan ada sedikit rasa segan takut orang pandang semacam pada kita. Sikap ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Jika anda perasan ada yang melihat perubahan itu terus terang bertanya pada orang itu dan jangan lupa jegilkan mata anda.
  2. Perlu ada buku dalam rumah. Samada beli pinjam atau apa-apa saja, pastikan anda ada punyai buku dalam rumah. Jika anda seorang yang sering kena bayar cukai. Tak rugi beli buku tidak melebihi RM1000 setahun, anda boleh tolak cukai asalkan simpan bil.
  3. Pastikan buku yang anda minat. Jika anda minat menjadi usahawan, belilah buku-buku yang menarik dalam dunia keusahawan. Anda tentu tak jemu membacanya sebab boleh diaplikasikan dengan minat anda. Jika anda minat politik belilah buku politik. Yang pentingnya anda tidak merasakan terpaksa untuk membaca. Membaca perlu menjadi sesuatu yang sukarela dan bersahaja sebagaimana aktiviti melepak dan mengata yang sering kita amalkan.
  4. Baca buku sebelum tidur sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari. Jadikan amalan ini sebagi rutin anda setiap kali sebelum tidur. Samada faham atau tak faham, letih atau cergas, susah atau senang luangkan masa 20 ke 30 minit setiap hari sebelum tidur. Amalkan ia sehingga jadi habit yang kalau tak buat anda rasa satu kekurangan.
Jika anda amalkan amalan yang saya sebut di atas, tabiat membaca akhirnya menjadi kerja rutin yang dilakukan tanpa perlu difikirkan lagi.
Bila sikap membaca dah ada, lambat laun anda mula bina sikap menghayati apa yang anda baca dan akhirnya anda akan ketagihan membaca dan tak dapat menahan untuk membeli kesemua buku yang bagus dan menarik.
Bila anda dah sampai ke tahap itu pastikan ada sebuah buku dalam kereta setiap kali memandu. Anda boleh belek sedikit bahan bacaan tersebut setiap kali terpaksa berhenti di depan lampu trafik merah.
Anda juga perlu selitkan buku dalam beg. Ini boleh digunakan bila anda terpaksa menunggu orang dalam temujanji atau ketika beratur membayar bil di bank dan lain-lain seumpamanya

Dipetik dari :http://hidupringkas.com/kehidupan/cara-mudah-jadi-kaki-baca-buku/

Thursday, April 9, 2015

Asma Punya Cerita




Asma Athirah
Anak Ke-5 saya ni petah mulutnya.. Tuannya kecil sahaja tetapi mulutnya mengalahkan perdana menteri. Semalam sewaktu pulang ke rumah, seperti biasa kami akan melalui taman permainan. Asma pun seperti biasa akan bersuara. "Ummi... Jom la kita gi taman".  saya menjawab.. "Asma' tanyalah abi..." .. kebiasaanya dia akn terus diam. tetapi semalam saya tergelak apabila dalam nada berbisik dia bersuara" abi... bolehtak kita gi taman? .... BOLEH." . "Haaa... abi dah kata boleh lah ummi". hahaha saya gelak sakan.

Tuesday, March 10, 2015

Bicara Ini Demi Ilahi : Bicara Cinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

                           


“Bicara Ini Demi Ilahi”, karya hebat ini menyentuh tentang akhlak manusia mengikut lunas-lunas Islam yang unggul nilainya di sisi Allah Taala. Buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan garapan yang dihasilkan berdasarkan koleksi ucapan dan tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Ia ibarat kata-kata cinta seorang ayah kepada pewarisnya, umpama hikmah Luqmanul Hakim kepada anaknya. Ayuh kita telusuri beberapa petikan kata-kata beliau buat panduan sang pencinta Ilahi.

“Cinta adalah suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya, cuma kerana kita tidak terdidik dengan cinta pada Allah, kalau bukan cinta kepada perempuan, cinta kepada harta. Apabila kita terbawa-bawa, (maka) yang terjadi menyalahgunakan nikmat cinta.”

“Apa pun jua, kecintaan seorang umat manusia itu mestilah kepada Allah Yang Maha Esa. Jika cinta kepada Allah, perlu ikut perintah dan ikut Nabi Muhammad s.a.w.”

“Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah Taala. Semakin bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab di hadapan-Nya. Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat di kandung badan.”

“Setiap tahun, kita melihat kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata 'Alhamdulillah', sebaik jemaah haji yang berangkat ini meninggalkan tanah air itu selamat pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu saat nanti di mana kita pula dihantar pergi dan tidak akan kembali?”

“Begitu juga setiap kali tiba cuti sekolah dan cuti perayaan, kita melihat anak-anak berduyun-duyun pulang ke kampung. Alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba di akhirat kelak, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke desa tercinta? Kita akan kekal di sana. Tiada lagi rayuan dan permintaan untuk kembali semula walau sedetik cuma. Itulah saat kematian.”

“Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahabat handai. Sedarkah kita, hari ini kita yang solatkan jenazah orang, tetapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita. Sering kali kita mendengar apabila berlaku kematian, ia disebut sebagai 'tamatlah riwayatnya'. Sebenarnya riwayat si mati tidak tamat. Tapi baru sahaja bermula episod baru iaitu pembalasan terhadap amalannya di dunia. Suatu masa nanti, kita juga akan dibalas perbuatan kita di dunia walau sebesar mana pun pangkat yang dimiliki.”

“Ingatlah setelah mati kelak, tiada apa yang akan kita bawa selain amalan. Ketika itu, kita sudah tidak mampu melakukan apa-apa kerana masanya sudah tamat. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kecuali menanti perbicaraan dan hukuman apakah nasib kita di sana kelak.”

“Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita. Jika pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi, sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan.”

“Demikian juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran. Jika kita jauh daripada al-Quran, sepatutnya kita berasa risau dan gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?”

“Apabila tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung akhirat, ketika itu sudah tiada guna umurmu. Ingatlah setelah mati kelak, tiada apa yang akan kita bawa selain amalan. Ketika itu, kita sudah tidak mampu melakukan apa-apa kerana masanya sudah tamat. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kecuali menanti perbicaraan dan hukuman apakah nasib kita di sana kelak.”

“Sebarang milik kita di dunia ini. Usah ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali amalan. Tidak kira apa taraf kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.”

“Hidup ini regunya adalah mati. Seperti pagi regu-nya adalah petang. Dunia regunya akhirat. Regu syurga adalah neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai regu. Yang tiada regu hanya Allah sahaja.”

“Sedarilah kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandai melakukan apa yang kita mahu. Saya sendiri, sebagai Menteri Besar (dahulu), jika datang ke rumah tuan puan sekalian, maka tidaklah boleh saya melakukan sesuka hati apa yang saya mahu kerana saya adalah tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.”

“Sedarilah hidup ini saling tumpang menumpang. Di situlah lahirnya rasa syukur kita. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Bayangkan betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita ini di bumi Allah.”

“Dalam masa sama, kita hanya memakan nasi tetapi beras tidak diciptakan manusia. Begitu juga lauk pauk, buah-buahan tidak dicipta oleh manusia. Bahkan yang mencipta manusia itu sendiri bukannya manusia. Manusia hanya melahirkan. Semuanya adalah ciptaan Allah. Kita hanyalah sebagai penumpang.”

“Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Semuanya celik mata tengok bumi sudah ada.”

“Ini menunjukkan segala yang ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam-tanaman hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya adalah ciptaan Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-NYA, hirup udara-NYA, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?”

“Dalam pada itu, saya ingin berpesan, sekalipun anda merupakan seorang guru yang mengajar, jangan lupa untuk sentiasa membaca buku-buku yang bermanfaat. Ingatlah, sebaik-baik peneman kita adalah buku. Dalam masa sama, usah dilupa untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Begitu juga jangan dilupakan pada solat tahajud. Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah-tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah.”

“Dialah (Allah) yang telah mengirimkan malaikat-Nya untuk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud pada-Nya. Jadi, sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa-apa doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Jika kita mempunyai sebarang hajat, pohonlah kepada Allah. Caranya adalah dengan mendirikan solat. Solat untuk memanjatkan sebarang hajat kepada Allah hendaklah sentiasa ditunaikan. Pohonlah kepada ALLAH walaupun tanpa solat hajat secara berjemaah.”

“Bagi mereka yang memegang apa jua amanah, saya ingin berkongsi agar sentiasa mengamalkan berwuduk sepanjang menjalankan tugas. Kalau boleh, setiap masa, jagalah wuduk dan tolonglah jangan menghisap rokok. Saya amat tidak berkenan pada pimpinan yang merokok.”

“Hiduplah seperti yang Allah mahukan. Dan, bekerja-lah seperti yang telah diajar oleh Rasulullah. Ingatlah segala hukum-hakam yang telah ditetapkan-Nya. Halal dan haram merupakan antara punca keberkatan hidup. Moga kita sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya.”

“Moga usia yang masih ada ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan agama Allah dan sentiasa dalam ketaatan kepada-Nya.”

“Inilah pesanan saya buat semua. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk mentaati-Nya. Usia kita ini tidak lama. Sekejap sahaja. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju untuk bertemu Ilahi.”

Kerja...kerja

Ya Allah permudahkanlah urusanku. peliharalah suami dan anak-anakku. rahmatilah kami.. kasihanilah kami.
Ya Allah janganlah Engkau jadikan kesibukan harian kami akan menjauhkan kami dariMu.
Ya Allah janganlah kesibukkan kami ini membuatkan kami alpa dengan tanggungjawab terhadap anak-anak kami
Ya Allah, janganlah jadikan kesibukkan kami ini menjauhkan kami dari urusan dakwah
Ya Allah Permudahkanlah urusan kami ini....

Wednesday, February 11, 2015

Minggu peperiksaan

Menggu ini merupakan minggu peperiksaan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Gerik.. saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. semoga tenang  dan beroleh kejayaan..

Tuesday, February 10, 2015

buat ke sekiannya

lama betul menyepikan diri..
tidak punya masa untuk menitipkan sedikit kata-kata buat peringatan diri..
sibuk???
Entah...
Ya Allah Permudahkanlah urusanku untuk terus menulis..

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.