Monday, October 25, 2010

Bila fikiran tepu untuk menulis...


terasa ingin menulis tetapi tak pasti apa ingin ditulis.. terasa tepu... lagi Sami Yusuf diulang-ulang terasa sunyi.. merenung kehidupan di dunia ini... Ya Allah banyaknya nikmat yg telah Engkau kurniakan kepadaku, namun aku masih gagal untuk mecapai tahap kesyukuran yang benar-benar maksimum. aku sering kalah dengan nafsu dan keinginan yang bermacam... Ya Allah ampunilah kesalahan dan kealpaanku...
semalam suamiku ke Ipoh, mesyuarat AJK PASTI negeri.. tinggallah aku dan anak-anak.. solat maghribku, bersama anak-anak... kak long Farhanah dan Amirah. kak long siap dengan telekungnya. walaupun mereka tak mengerti apa itu solat, mereka terus mengikut gerak geriku sehingga selesai solat. sekali sekali kaklong memperbetulkan kedudukan amirah yang tak berapa pandai untuk sujud.. akhirnya aku berdoa sambil diaminkan oleh anak-anak.... terasa amat syahdu masa tu, terusku doakan agar Allah menjadikan anak2ku, anak2 yang soleh dan solehah. 'Atiqullah yang minum susu disebelah hanya memerhatikan kami...

Monday, October 18, 2010

Kelebihan Surah Al Mulk


Surah Al Mulk adalah Surah Keamanan dan Keselamatan kerana ia menyelamatkan pembacanya dari siksa kubur.
Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."





Tuesday, October 5, 2010

Download Zikir-zikir harian

alhamdulillah, dikesempatan rehat yang ada saya sempat memuatnaik beberapa zikir dan doa harian untuk dipasangkan di dalam kereta. tujuannya nak bagi anak-anak dengar, mudah-mudahan lama-lama ingat di mulut

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.