Monday, October 8, 2018

Jariah dari Unit Perabot KKGP


Alhamdulillah dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada team Unit Perabot kerana menyumbangkan satu ampaian untuk menyangkut telekung dan sejadah serta satu unit rak buku untuk kegunaan di bilik solat di aras 3 bilik pensyarah.Moga amal jariah anda akan dinilai di sisi Allah kelak. Seronok tengok bilik solat kecil ini tersusun kemas dan sedap mata memandang..
alhamdulillah.. amal kecil jika ikhlas akan memberi impak besar bukan sahaja kepada diri tetapi kepada masyarakat..

Jom.. Membaca


Jom... Merajinkan diri kita membaca. saya kongsikan tip-tip mudah untuk menjadi seorang pembaca buku tegar

Tip 1:
betulkan niat dahulu. niatkan bahawa aku membaca ni bukan untuk riak, untuk menunjuk-nunjuk aku rajin ke, bukan. tapi niatkan "Ya Allah, aku baca buku ni, sebab aku nak cari ilmu, nak tambah ilmu. dan ayat Al Quran yang pertama pun suruh kita Iqra'... Baca

Tip 2:
Sentiasa bawa buku bersama, kat tangan ke, dalam handbag ke. jika kita pergi bank, nak kena menunggu, kita ada bahan yang boleh kita baca

Tip 3:
Lazimi membeli buku, setiap bulan belilah sekurang-kurang sebuah buku baru. tak baca lag tak pe, simpan dulu



Sayur oh sayur

Rumahku Mini Kebun Sayur

 saya mempunyai impian mempunyai kebun sayur sendiri. rumah dalah kebun sayur. slow-slow cuba mempraktikkan, tanam sikit-sikit sayur, lepas untuk makan pun sudah dikira bernasib baik.
 
Setakat ini, alhamdulillah, kangkung bayam dah hidup dengan baik, tengah semai, bayam hijau, cili, didoakan Allah permudahkan ia tumbuh. seronok bercucuk tanam ni. kalau saya, ia sebagai salah satu terapi menghilangkan stres atau penat bekerja. tengok sayur-sayurni rasa tenang je.

Ni kangkung yang sudah dituai, ni buat masak sayur air. hihihi...

anak-anak sayur bayam yang sedah naik subur, moga boleh mendatangkan manfaat buat kami. alhamdulillah


Kehidupan Kita, Kita yang Corakkan



Kehidupan kita  hari ini ,esok dan seterusnya bergantung kepada cara kita meneghadapinya. kita yang mencorakkan kehidupan itu. andai cantik, maka cantik la kehidupan itu, andai buruk maka buruk lah kehidupan itu. oleh itu, apa yang ada dalam hati dan apa yang menjadi tunjang pegangan kita amat penting kerana ia akan tercermin melalui kehidupan kita.. sentiasalah berfikiran baik, positif, sentiasa bersyukur dan redha akan menjadikan kehidupan kita akan sentiasa indah dan hebat, walaupun saat itu kita sebenarnya diuji Allah.. 


Selamat Hari Lahir---Aisyah!!!



💓💓8 Oktober 2018 Genap 1 tahun umur Aisyah Awatif, anak ke-9 kami. alhamdulillah. begitu pantas masa berlalu, tak terasa sudah setahun umurmu ..baby yang sentiasa ceria dan tak banyak kerenah. mudah dijaga dan sentiasa menjadikan hati kakak abang, ummi abi seronok dengan gelagat dan telatah lincahnya. Aisyah pun dah boleh jalan, dan tak suka orang mendukungnya. setiap buju rumah ditawafnya.. Ummi doakan semoga Allah berkati hidup aisyah dan menjadi anak yang solehah dan berguna untuk agama... amin





Wednesday, October 3, 2018

Nostalgia Buah Rambai


Lihat buah rambai ni, teringat akan arwah abah dan arwah ma.. pokok yang ada di belakang rumah. dulu-dulu kami adi beradik suka panjat ambil buah.. abah ma duk berkebun tanam ubi. sambil-sambil makan ubi bakar.. huhuhu. memang nostalgia sungguh kenangan tu...

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.