kerana kuih karipap... ia menjadi pemula kepada sesi muhasabahku pagi ini.. setiap pagi sambil memandu seorang diri ke tempat kerja, walaupun hanya mengambil masa kurang 10 minit, namun ia sudah cukup untuk aku menjadikan waktu itu waktu yg rutin untuk mengkoreksi diri dan kehidupan.
Kun Fayakun... benarlah firman Allah dalam kitabnya.
seperti biasa aku akan membeli nasi lemak dan kuih muih bekal untuk anak2 makan di rumah pengasuh. pagi ini dari kejauhan sudah kulihat gerai kakak yg menjual nasi dan kuih. ku perlahankan kereta dan parking betul2 di depan gerainya.
Wah!! kuih karipapnya masih ada walaupun dah tak banyak. antara kuihnya yang amat aku gemari. aku sudah berangan menjamah karipapnya pada pagi ini.segera ku keluar dari kereta dan terus ke gerainya. dua tiga langkah sebelum sampai, sebuah motor betul-betul parking di depan gerainya. " karpap seringgit" tegasnya.
Alhamdulillah...
Allah beri pengajaran besar buatku pagi ini... peringatan akan kata-kata Allah...
Allah dah tentukan bahawa kuih karipap tu bukan rezekiku walaupun aku dah hampir sangat dah nak bayar.
mungkin hal itu kecil bagi kita. alahai karipap jer pun. banyak lagi tempat lain. tetapi disebaliknya suatu peringatan buat kita yang sentiasa lupa bahawa kita ini makhluk yang hanya layak untuk merancang sahaja. kita lupa yang Allah telah menetap dan menyusun segalanya buat kita. dan kita perlu YAKIN bahawa apa jua yang telah disusun Allah itu adalah sebenarnya yang TERBAIK buat kita.
No comments:
Post a Comment