Showing posts with label Catatan hidupku. Show all posts
Showing posts with label Catatan hidupku. Show all posts

Friday, February 22, 2019

Keluarga besar kami


Inilah keluarga besar kami.. Ummi, Abi, Kak Long, Kak Yah, Abg Atiqullah, Abg Qi, Asma, Taftazani, Aniqah, Nasrullah dan Aisyah...

Thursday, February 21, 2019

kehidupan Hari Ini


Kehidupan hari ini makin sarat dengan cabaran teknologi dan masalah sosial yang semakin meruncing. Amat menakutkan bila memikirkan kehidupan ini dan anak-anak yang bakal menghadapinya. Ya Allah Permudahkan urusan kami. Kuatkanlah hati-hati kami untuk mengharungi lautan cabaran ni.

Monday, November 5, 2018

cupcake ummi

 
lama dah tak buat cupcake. 2 minggu lepas sempat buat untuk makan seisi keluarga. seronok tengok anak-anak makan... nnti ummi cuba buat cupcake yang jenis lain pulakye
 
 

Borong baju murah

 
Beberapa hari yang lepas terjumpa dalam facebook kedai online yang jual pakaian kanak-kanak secara borong.. bila saya fikir-fikirkan, dan congak secara kasar, dengan rakyat yang ramai, beli pakaian secara borong adalah lebih menjimatkan. Ditambah pulak dengan pelbagai peringkat umur ada dalam keluarga besar ini, rasanya berbaloi beli secara borong.



Alhamdulillah baru first time beli, tengok dulu bila sampai. kalau OK, boleh juga buat2 niaga kecil-kecil kan

Pensel color UMMI

 
Pensel color ni saya beli untuk kegunaan anak-anak di rumah. semua dilabelkan dengan nama UMMI untuk mengajar anak-anak supaya
1. Mereka perlu tahu pensel color yang digunakan bukan hak mereka.
2. berkongsi menggunakan barang di rumah
3. saling menjaga amanah
 
setiap bulan saya akan topup pensel color bagi menggantikan yang sudah pendek. Alhamdulillah setakat ini pense-pensel color ini masih dalam keadaan yangbaik
 
 

Monday, October 8, 2018

Jariah dari Unit Perabot KKGP


Alhamdulillah dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada team Unit Perabot kerana menyumbangkan satu ampaian untuk menyangkut telekung dan sejadah serta satu unit rak buku untuk kegunaan di bilik solat di aras 3 bilik pensyarah.Moga amal jariah anda akan dinilai di sisi Allah kelak. Seronok tengok bilik solat kecil ini tersusun kemas dan sedap mata memandang..
alhamdulillah.. amal kecil jika ikhlas akan memberi impak besar bukan sahaja kepada diri tetapi kepada masyarakat..

Sayur oh sayur

Rumahku Mini Kebun Sayur

 saya mempunyai impian mempunyai kebun sayur sendiri. rumah dalah kebun sayur. slow-slow cuba mempraktikkan, tanam sikit-sikit sayur, lepas untuk makan pun sudah dikira bernasib baik.
 
Setakat ini, alhamdulillah, kangkung bayam dah hidup dengan baik, tengah semai, bayam hijau, cili, didoakan Allah permudahkan ia tumbuh. seronok bercucuk tanam ni. kalau saya, ia sebagai salah satu terapi menghilangkan stres atau penat bekerja. tengok sayur-sayurni rasa tenang je.

Ni kangkung yang sudah dituai, ni buat masak sayur air. hihihi...

anak-anak sayur bayam yang sedah naik subur, moga boleh mendatangkan manfaat buat kami. alhamdulillah


Kehidupan Kita, Kita yang Corakkan



Kehidupan kita  hari ini ,esok dan seterusnya bergantung kepada cara kita meneghadapinya. kita yang mencorakkan kehidupan itu. andai cantik, maka cantik la kehidupan itu, andai buruk maka buruk lah kehidupan itu. oleh itu, apa yang ada dalam hati dan apa yang menjadi tunjang pegangan kita amat penting kerana ia akan tercermin melalui kehidupan kita.. sentiasalah berfikiran baik, positif, sentiasa bersyukur dan redha akan menjadikan kehidupan kita akan sentiasa indah dan hebat, walaupun saat itu kita sebenarnya diuji Allah.. 


Selamat Hari Lahir---Aisyah!!!



💓💓8 Oktober 2018 Genap 1 tahun umur Aisyah Awatif, anak ke-9 kami. alhamdulillah. begitu pantas masa berlalu, tak terasa sudah setahun umurmu ..baby yang sentiasa ceria dan tak banyak kerenah. mudah dijaga dan sentiasa menjadikan hati kakak abang, ummi abi seronok dengan gelagat dan telatah lincahnya. Aisyah pun dah boleh jalan, dan tak suka orang mendukungnya. setiap buju rumah ditawafnya.. Ummi doakan semoga Allah berkati hidup aisyah dan menjadi anak yang solehah dan berguna untuk agama... amin





Wednesday, October 3, 2018

Nostalgia Buah Rambai


Lihat buah rambai ni, teringat akan arwah abah dan arwah ma.. pokok yang ada di belakang rumah. dulu-dulu kami adi beradik suka panjat ambil buah.. abah ma duk berkebun tanam ubi. sambil-sambil makan ubi bakar.. huhuhu. memang nostalgia sungguh kenangan tu...

Friday, July 20, 2018

Selamat Hari Jadi Kak Long Farhanah





Saja nak buat kejutan buat klong. Hari jadi minggu lepas lg.. haha..

Dia minta nak telekung solat yg baru.. je. Kami pulak takdan..tekelung dagn order tunggu sampai je. tambah belum gaji, maka buat2 le lupo.. hari ni saje buat nak buat kejutan.

Puteri sulung kami ni, ceria orgnya. Byk sgt doh menangung beban sebagai seorg kakak  kpd 7 org adik, dgn usianya baru 11 tahun.

Teringat masa mengandungkan dia… di awal kehamilan, tumpah darah sampai abinya bernazar poso sebulan… waktu mengandung moknya byk sgt keje2 sampai boyot pun masih bawak pelajar masuk hutan tgk refflesia. Hampir nak bersalin pun masih menjalankan kerja2 perasmian kolej  sampai kul 2-3 pagi. Huhuhu.. mgkin sbbtu le dia agak lasak orgnya..  kelahiran dia jugak, sampai Tn Hj zairon boleh datang ke rumah waktu hujan2 lebat… semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah..

Monday, June 25, 2018

Raya 2018


Selamat Menyambut Idul Fitri buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Moga Raya tahun ini lebih diberkati. Jangan lupa puasa 6 ye..

Thursday, January 4, 2018

Persekolahan anak-anak 2018

Alahmdulillah, tahun ini (2018), 7 orang anak kami sudah memulakan sesi persekolahan hari selasa yang lalu. Alhamdulillah tak banyak karenah untuk tahun ini. kakak aniqah (4 tahun) yang baru masuk PASTI pun memberi kerjasama yang baik. sehingga ke hari ini masih lagi bersemangat untuk ke PASTI dan didoakan akan terus bersemangat. Kakak Asma pun dah semakin matang, menguruskan adik semasa di PASTI. Abg Taftazani, seperti biasa.


Abang-abang dan kakak-kakak yang sekolah rendah pun dah boleh menguruskan hal masing-masing. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan kami...

Wednesday, February 1, 2017

Kamu Telah Melambatkan aku....

Suatu hari seorang ulama sedang memandu kenderaanya ke suatu tempat sedang bersamanya seorang sahabat yang memohon untuk menumpang sekali. sedang kusyuk ulama tersebut memandu kereta, sahabatnya menegur, " Ya Syeikh, aku memerhatikan kamu memandu terlalu laju, perlahankan sedikit ya syeikh"

Baik, ulama tersebut bukan setakat memperlahankan kereta tersebut malah memberhentikan terus keretanya. beliau berkata," Wahai sahabatku, aku mempersilakan kamu turun dari kereta ini, maaf, kamu telah melambatkan aku dalam perjuangan".....

.....................................

Kehidupan kita ini adalah satu perjuangan. apa perjuangannya? Ya... kita berjuang untuk mendapatkan redha Allah.. kita bisa bersahabat dengan sesiapa sahaja, tapi awas, dan berhati2 andai kita punya sahabat yang selalu mengajak kita ke arah kelalaian dan jauh dari Allah Taala. carilah sabahat yang mampu malah sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah...

----------------------------------------

cerita ini diceritakan secara verbal oleh suami saya ketika saya menegurnya memandu agak laju pada suatu malam. saya kata" mengapa memanandu laju sangat, kita kan masih awal ke tempat yang dituju".. lalu beliau mencerita kisah di atas kepada saya... .. dalam hati saya, alhamdulillah, beliau tak memberhentikan kereta dan menyuruh saya turun. hehehe

suhaida borhan

Friday, February 26, 2016

Audit Pematuhan ISO KKGP

Image result for audit

Hari ini hari ke-2 audit dijalankan. kebetulan aku geng audit dalaman diaudit pula oleh team audit dari SIRIM... walaupun agak berdebar kerana kali pertama terlibat dengan team audit dalaman, namun banyak perkara baru yang dipelajari daripada Cik Hanida selaku Ketua Juruaudit SIRIM. PEMBETULAN dan TINDAKAN PEMBETULAN adalah dua perkara yang berbeza. Pembetulan adalah perkara yang perlu ditambahbaik, tindakan Pembetulan adalah tindakan untuk mencegah punca daripada berulang kembali... banyak lagi term2 yang baru dalam dunia audit. apa yang pasti kita audit orang bukan mencari kekurangan atau kesalahan mereka sebaliknya memperbetulkan  apa yang sudah digariskan di dalam prosedur.

cahayamata ke 8




Nasrullah nama cahayamata ke lapan kami.. pertolongan dari Allah.. Sesuai dengannya. Alhamdulillah... moga membesar dengan sihat dan menjadi Hamba Allah yang terbaik...

21 Disember 2015 (4kg)

Thursday, February 25, 2016

mengaktifkan laptop

sudah lamaku biarkan laptop kesayangan ini terbiar. tak berkesempatan untuk menggunakannya. maklumlah seharian bekerja di kolej sudah cukup memenatkan diri.. apatahlagi nak membuka pula laptop di rumah. banyak lagi urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan.. 
Image result for laptop
malam ini kucuba pasang azam baru untuk mengkatifkan kembali laptopku, mengaktifkan kembali semangat dalam dunia penulisanku. tiada cara lain untuk menajamkan minda dan melancarkan penulisan melain dengan sentiasa mengupdate entri di dalam blog kesayanganku.. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini...

Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.