Semalam aku ada usrah Muslimat Kawasan. Seperti biasa sebaik sahaja balik dari kerja, anak2 kami mandi dan beri makan malam seawal jam 6.30 petang. tepat jam 7 malam kami bertolak ke tempat usrah iaitu kali ini dibuat di PASTI al Maarif (PASTI Kak Long).memang sudah dijangka, aku kelewatan setengah jam kerana usrah sudah bermula dengan perbincangan tentang topik pertama. seperti biasa anak-anakku , aku biarkan mereka bermain agar tidak mengganggu. Baihaqi paling mudah kali ini, tidak banyak karenahnya. lebih kurang 1/2 jam kemudian dia lena tanpa dibelai. kesian... tapi itulah perjuangan.
usrah berakhir jam 9.30 malam. abinya cepat2 menghantar kami balik kerana terpaksa menghadiri mesyuarat PASTI kawasan di tempat yang sama. alhamdulillah anak2 tak banyak karenah. susu kusiapkan sebotol seorang, diminum habis dan terus terlena...

Tinggallah si Baihaqi yang masih dok tersenyum dan menyembang dengan uminya yang hampir2 tertutup mata kerana keletihan... tidurlah sayang..
No comments:
Post a Comment