
cuti sekolah masih berbaki 2 minggu lagi. sepanjang cuti sekolah ini, anak-anak dijaga oleh abinya semasa aku bekerja. alhamdulillah suamiku masih bertahan dan insya Allah akan terus bertahan sehingga habis cuti sekolah ini. Aku benar-benar bersyukur dengan kesungguhan dan kesanggupan suami untuk menguruskan anak-anak kami yang masih kecil lagi. bukan sikit karenah mereka tetapi kadang-kadang memeningkan kepala. tetapi suamiku benar-benar sabar dalam melayan mereka.
24 Disember ni adalah hari jadi suamiku. aku terfikir-fikir hadiah apakah yang terbaik untuk diberikan kepadanya, sebagai tanda terima kasihku yang tak terhingga di atas segala pengorbanannya kepada kami...aku terus memikirkanya....
No comments:
Post a Comment