
alhamdulillah, selepas 'sign' agreement tahun lepas, saya dan suami telah mengambil kata sepakat untuk menabung khusus untuk masuk rumah baru. dapat lah juga dikumpulkan lebih kurang RM3000. sekurang-kurangnya lepas le nak buat grill rumah. kemudian dicampur duit tabung sendiri sedikit plus dengan duit lebih pembelian rumah disimpan untuk membayar kabinet dapur, cukup sekadarnya. bukan nak bermewah atau menunjuk tetap cukup sekadar untuk keselesaan kami sekeluarga.
alhamdulillah, saya dapati sekitar rumah kami suasananya Ok, apatahlagi pntu rumah berdepan dengan pintu surau, hanya dipisahkan oleh jalan sahaja. maka ia benar2 amat memudahkan sang suami nak berkunjung ke surau dan mengimarahkan surau sepanjang waktu (kalau boleh). Azan benar2 amat jelas kedengaran di dalam rumah kami dan ia amat2 menenangkan hati kami sekeluarga..

Itulah rahmat Allah Taala kepada kami.. ramai yang bertanya kami, mcmane kami boleh dapat rumah tepi (Corner lot). rezeki itu je jawapan kami... anak2 ada tanah

rumah boleh dikatakan 80% sudah dikemas.. dengan bantuan suami kerja-kerja mengemas menjadi semakin mudah, ringan dan pantas dilakukan... tak dilupakan juga bantuan kedua-dua belah mak dan bapa kami yang datang dari kampung dan sama-sama membantu meringankan beban kami. alhamdulillah, dengan keadaan diri yang makin sarat, sedikit sahaja kerja yang dibuat sudah cukup membuat diri keletihan. takpe... letih tapi puas!!!

No comments:
Post a Comment