seminggu dua aku benar-benar keletihan. mungkin banyak urusan pejabat yang perlu diselesakan dan urusan rumahtangga yang sentiasa menimbun.. maka bermula awal minggu ini, aku benar-benar tidak sempat untuk memasak makan untuk bekalan anak-anak di waktu pagi. agak kecewa tetapi iya sememangnya aku benar-benar penar. walaupun rutinan seawal 4.00 pagi aku bangkit dari tidur tetapi kepenatan tetap terasa sehingga membuatkan aku baring semula..
ahhh... kenapa ye??? aku ceritakan pada suami dan suami kata takkan lah aku "me... ".
kepenatan itu berlarutan sehinggalah dalam beberapa hari aku merasakan kelainan pada mulut. terasa mual semacam.. ahh.. ini tak boleh jadi.. petang semalam aku mengajak suami ke kedai untuk membeli precnant test kit. walaupun berdebar dan takut. iya aku takut kalau positif kerana aku sebolehnya merancang ingin berehat dahulu selepas melahirkan anak 3 orang setiap tahun.
sampai di rumah , Atiqullah aku hulurkan pada abinya dan terus masuk tandas. mmm... tak sampai 1 minit, bacaan mmg menunjukkan positiF....
ahhh... antara takut, gembira, pening, semuanya bermain dalam kepalaku.
suamiku kata, itu dalah rezekit Allah, kita mmg dah merancang, tapi Allah nak bagi juga. maka kita terimalah.. terasa lega sekejap
tp tak lepas lagi, bila nak buat buku nanti, pastinya aku akan berdepan dengan nurse & doktor yg pastinya akan membebal kepadaku.
" haa dah cakap makan perancang ke pakai alat ke.. ini dah kantoi... bla..bla... ishh.. rasa tak sanggup nak dengar.....
Ya Allah bantulah hambaMu ini... permudahkanlah dan peliharakanlah anak dalam kandunganku ini. permudahkanlah urusan bersalinkannya kelak. jadikanlah dia anak yang soleh maupun solehah...Ya Allah Aku redha dengan segala ketentuanMu.. ampunkanlah diriku dan jadikanllah hambaMu ini seorang hamba yang cekal dan tabah... amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.

-
UMMU NIDHAL : KISAH MUSLIMAH PALESTIN Written by Akademi Tarbiyah DPPM Category: Baitul Muslim Published on 30 Novembe...
-
Baca buku bukannya aktiviti seronok bagi mereka yang tak suka membaca. Sejak sekolah dulu perintah yang paling kita benci adalah suruhan ba...
salam alaikum,
ReplyDeletetabarakallah....moga anak2 menjadi kebanggaan rasulullah.
jarang membaca blog sambil tersenyum, tp pg ni....Allah takdirkan tersenyum. tersenyum mengenang kehidupan sendiri dan sahabat yang byk sgt persamaan utk dikongsi dan dii'tibari dan tersenyumkan takdir Ilahi.
itulah yang berlaku kpd kami, byk yg dirancang menjadi diluar jangkaan. mempamir betapa berkuasanya Rabbi yg mengatur segalanya dan betapa kehendaknya tiada sanggahan dan penuh hikmah.
dgn merancang, pakai implanon dan sebagai.....akhirnya terpaksa akur bahawa setiap kehendaknya pasti adil dan ada kebaikan.
baru ni pun seorang sahabat rapat, mengadu isterinya hamil....padahal pil perancang tepat pada masa. so...secara logik mmg x akan berlaku, tetapi kehendak allah diluar kuasa dan logik kita yg rendah. terima seadanya, Allah tidak pernah menciptakan sesuatu itu dgn sia2, apatah lg dlm soal nyawa makhluk paling sempurna. berkebetulan dgn syarah hikam yg baru kami pelajari minggu itu
"kekuatan semangat (usaha), perjuangan dan keputusan (makhluk)tidak akan dapat memecahkan dinding2 qadar Ilahi"
cash Allah berikan sbg praktikal. dan amat sesuai dgn matan seterusnya berkaitan dengan 'tadbir'.
samalah kita berusaha dlm mencari redha Allah dan berpesan2 atas kebenaran dan kesabaran.
jazakallahu khairan kathira... perkongsian sahabat amat berguna
ReplyDelete