Semalam Muhammad 'Atiqullah demam. Aku terpaksa mengambil cuti rehat emergency. alhamdulillah, semalam takde kelas, so tak perlu pening2 nak fikir nak ganti kelas hari lain. tak sampai hati rasanya nak hantar si kecil tu kat pengasuh dalam keadaan dirinya tak sihat. mungkin 'Atiqullah nak bagi hit kat ummi dia, yg dia nak bersama umminya sepanjang hari semalam.
alhamdulillah, demamnya hanya waktu pagi sahaja. tengahari dan sebelah petang dia dah OK cuma nak menyembang tak habis-habis. cuti hatu hari semalam, aku mengemas rumah terutama mencuci kain sampai tak cukup ampaian. bila si kecil tu tidur, aku curi-curi masa membuka laptop kesayanganku untuk menyiapkan kertas kerja program sambutan maulidurrasul DMPKG yg diamanahkan kpdku. sempat aku print dan siapkan minit DMPKG yg lepas. juga aku sempat siapkan surat2 untuk mesyuarat agung DMPKG yg akan datang. alhamdulillah. berbaloi jugaklah cutiku ini...
mmm... kadang-kadang aku terfikir bagaimana aku nak membahagikan masaku sehari hari sebaik yang mungkin. ada masa untuk bersama suami, masa untuk anak-anak, masa untuk jemaah malah masa untuk diriku sendiri.. kadang2 aku terlupa yg aku perlukan masa untuk diri sendiri..
Ya Allah bantulah hambuMu ini untuk menjadi hamba yang terabik disisiMu... amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di antara koleksi buku motivasi santai yang diminati.
-
UMMU NIDHAL : KISAH MUSLIMAH PALESTIN Written by Akademi Tarbiyah DPPM Category: Baitul Muslim Published on 30 Novembe...
-
Baca buku bukannya aktiviti seronok bagi mereka yang tak suka membaca. Sejak sekolah dulu perintah yang paling kita benci adalah suruhan ba...
-
Surah Al-Falaq & An-Naas asbabun nuzul surah alqur’an 1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, 2. dar...
No comments:
Post a Comment